Selasa, 8 Disember 2009

Im In A Really-really Bad Situation


Bad situation.

Ya. Aku dalam stuasi teruk sekarang ni.


1. Masalah blog.

Bila aku domainkan blog aku, semua komen-komen hilang. Tapi bila aku buang balik domain tu, komen-komen tu ada balik. Tapi juga, komen-komen selepas aku letak domain pula hilang. Baca banyak2 nanti korang akan faham.

2. Masalah Domain.

Aku ada masalah dengan domain. Aku tak boleh view blog apabila masukkan domain. Dan masalah ni adalah masalah chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Dan masalah aku rasa macam tak akan habis.

Dan memandangkan aku tak ada basic dalam benda-benda domain ni, aku jadi blur habis. So memang banyak lah aku berbalas-balas email dengan pihak domain hosting ni. Dan aku rasa pihak tu pasti dah naik bengang dengan aku. Percayalah banyak gila. Dan ayat-ayat pihak domain tu macam tahan marah je. Ada sekali dia tulis " I hope you know what you are doing....". Ya aku tau aku salah. Tapi tak semua.

Aku perlukan someone yang tahu untuk bimbing aku.


3. Result final exam sem 3

Hari ni, result keluar. Wish me good luck. I really need it. Really. Sebab ada sesetengah orang dah dapat surat berhenti. Jangan tanya aku siapa. Ia rahsia. Aku just harap result aku cukup makan sebab aku sedar yang aku tak study sangat sem lepas.

I am a dead meat....Help me God.


Comment Here

Ahad, 6 Disember 2009

A Very New Beginning. Welcome.

Selamat datang. Apa yang berbeza di blog ini? Tak nampak apa yang berbeza? Layout makin cun? Tidak. Aku makin cun? Ya mungkin. Tapi, jangan lupa ada satu lagi yang lain. Ya check feed anda. Kerana sekarang ia adalah;

www.TheOtherKhairul.com

I made this with my own and some help from Mr Edy. =)

And mana perginya semua komen-komen aku? Buat domain akan hilangkan semua komen?

Zzzzzz

Selasa, 1 Disember 2009

Aku Tak Puas Hati dengan Edwark Kuleng (Edward Cullen) dan Jakok Bhelek (Jacob Black).

Masa untuk mengkritik.

Aku melihat-lihat di dunia blog ni. Tersakit sangatlah mata aku melihat Edward Cullen yang ada di merata-rata. Tak kurang juga gambar separuh bogel Jacob Black yang jadi santapan gadis-gadis cantik sebelum tidur. And aku agak tak puas hati bila semua pakat letak gambar separuh bogel Jacob kat blog masing-masing. Terasa je hati ni nak letak gambar separuh bogel Bella Swan atau Kristen Steward yang oh-god-she-so-cute-and-damn-hot-plus-innoncet. Nak letak dalam bilik, takut Megan Fox pula yang marah. Lagi pun bilik aku tu bukan besar sangat nak berkongsi poster dengan Kristen, Sara Varone, Manuela Arculi, Keeley Hazell dan Alessandra Martines.

Oh this girl is sooo sweet~

Tapi kalau aku letak gambar Bella Swan, pasti jadi isu. Perempuan letak gambar separuh bogel lelaki tak apa. Tapi lelaki letak gambar separuh bogel perempuan tak boleh pula. Ah, dunia memang tak adil. Perempuan selalu dapat lebih. Pergi ke kelas kat U pakai selipar tak pernah kena tahan. Tak adil.

Aku belek-belek lagi dunia blog ni, aku tengok ada banyak gadis yang dah fanatik kat Jacob. Ada yang amik tahu la semua pasal Jacob. Well, aku just tergelak tanda simpati.

Okay la. Ni adalah rahsia terbesar aku. Sebenarnya, aku dan Jacob Black tu dah lama kenal. Dalam dua tahun lepas. Dia add YM aku then dia bukak ImViromment Falling Heart kemudian dia main buzz-buzz dengan aku. So faham-faham la apa bunyi yang akan keluar. Ya tersangat lah COMEL. Huh. Pulak tu malam-malam dia suka super saber aku. Tak dia, Edward Cullenyang super saber. Wtf? Memang dua orang ni asyik berebut lah nak super saber aku. Tapi yang tak tahan, aku tukar nombor pun diaorang still leh cari aku. Dah tu aku pergi kat Maxis Center suruh block no dua mamat ni dari reach kat henpon aku. Tapi akak kaunter tu tak nak layan. Dia tak percaya yang Edward Cullen dan Jacob kacau aku. Ceh. Aku tahu akak tu jealous sebenarnya. So korang mesti jealous tak percaya juga kan?

And guess what, Jacob is a gay. Try buka Facebook or MySpace. Cari la profile yang ada gambar lelaki separuh bogel. Borak-borak mesti dapat tahu yang dia tu gay. Sebab lelaki gay memang suka tanya body dieorang. So thats why lah Jacob suka tayang body. Nak menarik minat lelaki sebenarnya tu tapi memandangkan para gadis ni kuat perasan, semua sangka yang Jacob tu tayang kat dieorang.

Look at that Jakok Bhelek's sexy spot, kenapa tak kena censored?

And ingat tak dalam movie tu Jacob ada cakap yang dia tu "beautiful". And wtf lelaki cakap diri dia beautiful?! Lelaki kacak, hensem or what ever lah tapi bukan beautiful. Ewww. Disgusting, you. And tu dah buktikan yang dia tu gay. Ya gay.

Edwark Kuleng is a gay. Thats why he is virgin.

Tu baru Jacob, belum Edward Cullen. Bab Edward Cullen ni memang tak leh blah bila difikir-fikirkan balik. Lelaki vampire? Vampire tetapi romantik? Sanggup mati kerana perempuan? Umur 109* tahun? Badan akan jadi macam berlian bila kena cahaya matahri? Boleh makan bawang putih? Oh wtf is that? Oh ya, gay. Aku terlepas bab tu. Edward Cullen dan Jacob sama-sama gay. 2-2 suka tayang body tapi ya lah body Edwak tak se seksi kalau nak di bandingkan dengan Jacob. Kenapa perempuan tidak dikatakan gatal bila menggilakan tubuh lelaki? Hais.

So semua para gadis. Lupakan Edward Cullen dan Jacob Black. Anda semua tidak akan ada peluang untuk melihat jelingan mereka berdua. Mereka tak berminat kat perempuan. Hais, ingat taste vampire dan serigala sama dengan taste lelaki sebenar ke?

************
************

Okay fine mereka berdua tak gay. Berhenti menangis, lap hingus dan alihkan pisau tu dari leher or pergelangan tangan korang. Serta, muntahkan balik satu botol ubat tidur tu. Mereka berdua tak gay. Tak gay

Haissssss.

[Update] Aku kasi 9 over 10 stars for this movie. =)

Comment Here

Khamis, 26 November 2009

Okay fine semua pakat post entri pasal Raya Korban.

Semua entri yang sepatutnya di post hari ni, aku tunda lagi hingga hari Isnin. Eh tak. Hari Isnin aku nak tengok New Moon. So mungkin hari Selasa la kot tapi kalau boleh memang nak hari Isnin tapi kalau dah tak boleh nak tak nak kena hari Selasa lah sebab hari Isnin nak tengok New Moon tapi tengok lah kalau hari Isnin boleh aku post hari Isnin tapi kalau tak boleh aku post lah hari selasa tapi.. Zzzzz. Semangat betul korang baca.

Pedulikan. Aku cuma nak cakap, Happy Aidil Adha.

Tahun ni, agak lain bagi aku. Esok, kerana masalah-masalah famili, buat pertama kalinya Hari Raya Korban ni, tak ada lembu untuk di tonton, dipegang dan di korbankan. Mak aku just buat makan-makan di rumah. Mee Soto version special. Memang fav aku. Dan tok(nenek) aku buat ketupat. Kot.

Makhluk ni pun comel.

So hari Sabtu baru korban lembu untuk famili aku akan di lakukan. Tu pun kat Kemaman dan bukannya kat rumah aku iaitu di Kuantan. Dalam 40km dari rumah. Then Sabtu malam tu, pakat-pakat buat BBQ satu famili. Tapi aku sebenarnya tak suka sangat BBQ ni sebab BBQ ni mesti ada sotong, ikan, udang dan ketam apa semua. Dan aku alergi kat makanan laut. Dengan lebih tepat, alergi kat protein hidupan laut. Hais. Zarif dan Nisa pernah cakap, orang yang paling rugi kat dunia ni adalah orang yang tak boleh makan makanan laut. Dia orang berdua memang sepadan.

Dan. Sekarang ni pun dah ramai tak online. Semua pakat buat-buat rajin kemas rumah, buat-buat masak konon reti masak padahal tak reti pun. Dan tak kurang juga yang tengah makan ketupat. Ketupat petang buat, malam dah habis. Raya belum start tapi semua dah licin. Menang bagus awek-awek zaman sekarang.

Okay dah tak ada apa dah nak cakap dah tapi kalau ada aku cakaplah tapi agak-agak dah tak ada. Okay bye.

Comment Here

Rabu, 25 November 2009

Sucribe Me Via FeedBurner

Assalamualaikum


Email anda:




Delivered by FeedBurner




Subscribe me. Don't worry about your email. It will not be abused.


You Think Your Life is Bad Enough?

Depressed?

Actually, aku ingat aku nak post satu entri mengumpat para gadis. Ye la kalau difikir-fikir balik, dah lama aku tak mengumpat para gadis nih.

Tapi memandangkan aku ada sesuatu yang lagi berguna dari korang untuk di kongsikan, aku posponed dulu la entri kritikan tu. Lagi pun, lagi lama di simpan, lagi 'sedap' umpama pekasam rasanya. Boleh la juga tambah-tambah apa yang patut kalau perlu.

Cakap pasal perkasam, semalam aku nampak awek cun. Sexy gila. Kira hot lagi hot lah dari Megan Fox. Cun sikit dari Amanda Byness. And bercakap pasal awek cun melecun tu, dia pakai baju tube. Then pakai short pant. Perh. Bulu kaki dia halusss je. Mulus. Tapi tak tahan bila dia angkat tangan bulu ketiak gila ah tak reti nak trim. Dah spesen afro. Gadis berbulu = Geli. Lelaki berbulu = Sexy.

Depressed?

Okay back to topik.

So, you tink your life bad enough? Nak cari awek semua tak dapat? Sejak lahir hingga umur 30 tak pernah ada awek suka? Kasi Rm100 kat awek-awek cari mangsa kat Jonker Walk Melaka pun diaorang tak nak? Muka terlampau tak handsome? Terlampau banyak kekurangan diri? Banyak sangat jerawat? Pendek? Panjang? Terlampau panjang umpama pisang? Or what ever lah. Tu baru sikit. Ya tu baru sikit.

Nick Vujicic

Ini porno. Tonton sampai habis.

Have fun.

Comment Here

Isnin, 23 November 2009

Terpegun. Hebat. Mengagumkan.

Anda bosan? Hidup memang begini. Dan anda sendiri kadang-kadang agak membosankan.

Ambil rokok, popcorn dan sebagainya. Tutup lampu dan enjoy. Bukan porno. Ya aku tahu korang agak keciwa bila aku cakap yang ianya bukan porno.



The other one. Click 'PLAY'



Have a nice day.

Comment Here

Ahad, 22 November 2009

Musim Melayan Perasaan

Kucingku, Allien

Hujan renyai-renyai di luar. Rasa sejuk sangat-sangat. Tak terkecuali rasa best. Rasa feel. Feel sebab aku memang dari kecil suka dengan bau hujan.

Sepanjang tahun ni, aku asyik merungut yang cuaca di Malaysia terlampau panas. Tapi sememangnya aku bencikan cuaca panas. Aku suka cuaca sejuk walaupun kadang-kadang sajuk teramat. Bukan tak bersyukur, just bila sejuk, boleh pakai baju tebal-tebal kasi panas. Tapi bila panas? Nak mandi setiap sejam?

Sejak cuaca di Malaysia naik dengan teruk, pernah sampai aku mandi 6 kali sehari. Termasuk di tengah malam. Lebih-lebih lagi kalau bila badan dah melekit. Normal lah lelaki lagi mudah berpeluh dari perempuan.

Rutin aku dah berbeza. Kalau dulu semasa sekolah menengah, tidur pada pukul 1 pagi amatlah teruk. Bermaksud pada pukul 1 pagi adalah amat lewat. Dan aku memang ada masalah untuk tidur. Kadang-kadang aku memaksa diri aku untuk tidur sambil otak berkata " Dah lewat sangat, cepat la mengantuk"

Kuroe yang pemalas.

Tapi itu dulu. Sejak aku jejak ke UniKL ni, tidur bukanlah benda penting. Kelas pukul 8 pagi, pukul 4 pagi baru nak tidur. Bab ni, solat subuh pasti missed. Selama satu tahun rutin seperti ini berlaku. Dan ianya berubah bila aku masuk ke rumah sewa. Well, aku tak pasti nak kata ianya perubahan baik atau pun tidak.

Di rumah sewa ku, tak tidur satu hari adalah perkara biasa. Roomate aku main internet dari malam hingga ke siang tak ada hal lah. Dan aku, aku biasanya akan tidur at least dua jam. Dan rutin pelik aku adalah tidur selepas subuh. Sebenarnya, ini lah satu-satunya cara untuk aku tidak missed solat subuh. Cara lain adalah suruh Gadisku buat misscall banyak-banyak. Cara ni kadang-kadang berkesan. Tapi majoritinya tidak.

Dan aku tak boleh biasakan diri aku bila aku balik ke rumah. Umpama kau pergi UK. Duduk kat sana setahun then balik rumah. Pasti akan ada masalah dengan perbezaan waktu. Tu lah keadaan aku sekarang. Aku tak dapat biasakan diri kat rumah aku sendiri. Dan kadang-kadang, aku rasa kebebasan aku amat-amat di sekat. Suasana langsung tak buat aku rasa bebas.

Aku tak suka waktu siang. Aku tak suka orang bising-bising. Sebab tu aku sukakan waktu malam. Dan aku akan rasa amat-amat rugi kalau aku habiskan keindahan waktu malam dengan tidur sebab aku lagi suka duduk di luar rumah sambil tengok lagit dan jari bermain SMS. Tu pun kalau ada orang aku sms lah. Kalau tak, nothing.




This song, for my Gadis.

Dan masa aku tulis ni, aku rasa agak mengantuk. Tetapi bau hujan amat-amat best. Aku rasa macam malas nak tidur. Aku tak tahu apa nak jadi dengan aku. Mungkin aku akan jadi vampire. Mungkin aku akan jadi peganti Edward Cullen? Saksikan kemunculan aku dalam Twilight Saga: Dawn, mungkin? Siapa tahu. Im gonna Twilight Saga: New Moon on this 25th. Sediakan tisu banyak-banyak. Dengar kata, cerita sedih.

Malas nak tag

Aku bukan peminat cerita entah apa-apa ini. Tetapi buku tebal umpama kamus ni, ada di dalam almari rumah aku dan aku tak pernah sentuh. Semua pakat cakap best. So aku nak tengok juga kalau-kalau betul best.

Sedang menyiapkan beberapa entri untuk di post lusa.

Comment Here

Jumaat, 20 November 2009

Aku Cuma Nak Bagi Tau 16 : Melaksanakan Karma.

Playgirl. Pauseboy.

Aku teringat kata-kata sorang abang senior datang umah aku dulu. Pakai kemaja, macho. Sexy bersama kain pelikat.

Selepas berbual kosong, dia masuk bab isu best.

"Kau tau tak kenapa aku pasang banyak awek? Sebab perempuan ramai. Kalau sorang lelaki untuk satu awek, abis tu perempuan lain apa cer? Lesbian? "

"Ye aku sokong kau." Kata sahabat ku.

"Tengok awek tu dah tahu yang awek tu player. Dulu aku dengar dia da permainkan hati lelaki lain. Jadi apasalahnya sekarang aku main kan hati dia. Kerana orang yang baik macam aku ni lah wujudnya perkataan 'what goes around comes around'."

Cakap dia dengan penuh yakin sambil betulkan kain pelikat dia yang terjatuh. Dah la tak pakai apa-apa.

Well, aku tak tau nak cakap apa. He got the point. No doubt.

Selasa, 17 November 2009

Top 10 Blog yang Aku Pasti Baca Kalau Ada Entry Baru Di Dunia Blogging.

Ohhhh. Ohhhh..

Agak jarang sebenarnya aku follow blog orang lain. Dan blog list (Blogroll) aku, aku letak based on siapa yang aku follow. Dengan kata lain, kalau aku follow orang tu baru aku letak kat blog list aku. Tapi, aku rasa ia-nya amatlah tak adil buat orang lain yang follow aku dan letak link aku di blog list mereka.

Dengan itu, sesiapa yang ada linkkan blog aku kat blog list korang, sila nyatakan kat ruangan komen. Nanti aku add blog korang kat blog list aku kat tepi tu. Rm50 seminggu.

*********************

Kat dunia blog ni agak pelik sebenarnya. Ada macam-macam jenis orang. Dan kadang-kadang agak susah nak cari blog yang 'special' yang lain dari yang lain. So memandangkan aku ni dilahirkan dengan sifat-sifat dan sikap-sikap yang posotif seperti baik, peramah, pemalu dan yang seangkatan dengannya, ingin sekali aku share blog-blog baru yang mungkin top suatu hari nanti. Dan juga blog-blog yang femes yang aku akan baca bila ada entri baru.

Ummp.. umppp

Tak perlulah aku tulis panjang-panjang. Korang bukan nk baca dengan detail sangat pun.

Top 10 blog-blog fav aku; (Personal Chart)

10. Hanis Zalikha
Genre : General (dulu). Personal lifestyle (sekarang)
Aku suka baca blog awek comel ni. Tapi entah mengapa, aku rasa kualiti blog awek ni dah makin menurun. Kalau dulu banyak la juga entri-entri yang best. Kira kalau ada entri baru mesti laju-laju klik kat blog awek ni. Then bila tengok comment masih kosong, laju-laju gi komen bajet lah tarik orang pergi blog kita lah bila jadi 1st reply. Ya aku masa mula-mula blogging macam tu lah. Dengan kata lain, cara mudah nak tarik viewer. Tapi cara ni tak bagus sebenarnya. Tak ada kualiti pun. Tapi yang bestnya followers Hanis semua cun-cun macam dia juga. So tak rugi mencuba nasib.

9. Aku Tak Peduli
Genre : General (Sarcastic)
Seperti Hanis, blog ni dah agak kurang menyengat. Kalau dulu, memang akan ada entri yang amat-amat buat korang buka mata. Tapi sekarang, dia mungkin busy dengan kehidupan di dunia nyata yang lagi bermakna. Hes now a 'biker'. Kind of a costly hobi he got there. And, dia memang dah agak jarang menulis sekarang. Aku suka dia punya wild lifestyle. Ganas, mengancam, sexy dan tulus iklas. Tak ada kompromi. Seminggu blog dia dulu pernah mencecah 50 ribu visitors. Aku sebulan pun tak sampai 50 ribu.

8. Watch Out, Giant Rainbow.
Genre : Personal. Typical issues.
Ni blog cik adik comel. Aku kenal dia.. hurm.. lama la juga. And cara dia menulis, memang direct to the point. Kira tak ada hipokrit apa semua lah. Tak macam kau, kau dan kau. Tulis nak cover baik je. Okay sila terasa ya semua gadis-gadis yang tak comel. Adat cerita melayu. Gadis comel mesti watak baik. Gadis tak comel tapi make up tebal pasti wajat jahat.

7. The Seamy Side
Genre : Personal lifestyle.
Blog ni amat-amat menakutkan. Penulis blog ni seolah-olah someone else yang... erm. Entah lah. Dia macam ada masalah yang dia tak mampu selesaikan. And dia mungkin benci diri sendiri. So, sebab tu dia sukakan masks. Blog dia umpama seseorang yang ada masalah personaliti yang serious. But aku suka cara dia menulis. Cara yang unik. Cara dia sampaikan apa yang terbuku kat hati dia. Walau pun kadang-kadang agak menakutkan. Okay sentiasa menakutkan, tapi agak best untuk dibaca. Thank you to DH yang kasi aku link blog ni.

6. All about Journeys.
Genre : Personal and general
Mamat ni adalah blogger yang hebat. Tempat lepak-lepak dia adalah kat Uk. Sheffield. Tak main ah KL apa semua. Apa barang lepak tempat local. Kalau dulu dia selalu sampaikan apa yang nak di samapai kan dengan cara menulis cerpen. Kira memang banyak la cerpen yang ada. Tapi tu dulu la. Sekarang dia dah lain. Sekarang dia tulis direct je. Makin maju dia bersama HerbaLife dia.

Kita tak boleh lari dari C-I-N-T-A. Okay nampak sangat jiwang.

5. Didiey Comely Shekalie
Genre : Personal.
Okay nama blog dia Dorky Didiey sebenarnya. Tapi disebabkan aku suka mengusik dia, aku usik la skali lalu masa buat entri ni. Ya aku tau aku gedik nak buat macam mana? And ya dia dah ada bf so what? Boyfriend(s).. apa tu? Tapi aku suka baca blog dia. Semuanya mengenai dia punya personal life. Tidak digalakkan untuk baca sebab nanti mungkin ada yang tak suka. Aku pun tulis pasal personal life, bukan orang suka sangat. Sebab kadang-kadang orang dah bosan baca pasal personal orang lain. Tapi, aku hanya bosan kat sesetengah je. Yang lain memang aku suka baca nak-nak kalau bab personal. And aku lagu suka kalau dia ada banyak followers dan commenter. Dan juga kalau dia comel.

4. Blog - not active.

3. Sarah al-Idrus.
Genre : Teens-lifestyle.
Ni adalah cik adik manis yang sarkastik. Suka sms aku pada masa yang amat tak sesuai. Pernah sekali dia sms aku masa aku tengah date. Heh. Then pagi-pagi masa tenagah tido pukul 4 am dia gak yang sms. Heh. Nasib baik comel. Cik adik ni agak sensitif. Biasalah anak bongsu. Hehe. Blog dia berfungsi sebagai medium untuk gadis comel-comel. Kontest pun mesti gadis je yang boleh masuk. Kalau lelaki dia tak akan kasi korang masuk. Diskriminasi ni, diskriminasi. Korang buat la apa-apa pun, kalau dah lelaki jangan harap leh masuk. Contoh contest adalah bergambar sambil pakai tudung yang lelaki memang tak akan menang. Blog dia kebiasannya adalah untuk mempertahankan para gadis. Ajar gadis untuk berlawa, jaga badan, jaga dara or buat tu ini. So, memang bertentang lah dengan konsep blog aku yang asyik nak downkan para gadis je. Tak hairan la viewer dia ramai gila. Semuanya para gadis. Dah la para gadis ramai kat dunia ni. Ramai sampai tahap nisbah 1lelaki 5 perempuan. Atau 1 lelaki untuk 5 isteri dengan bahasa mudahnya.

2. Macham Iz Punye
Genre : General & Personal (sarcastic)
Sabahat Hanis mungkin. Tak kisah lah. Tapi dia juga cakap direct to the point. Tak ada tapis-tapi. Fuck-fuck apa semua tak ada hal. Dia comel. Tapi dengar cite banyak haters okay tak kisah la. Normal la tu makin kita tinggi makin banyak yang benci. Entri-entri dia gak sarkastik sebenarnya. Ada juga yang mengata lelaki. Sekarang dia tengah dalam mood ingin berpacaran. Ya sama mood dengan aku. Tapi tak pernah desperate.

1. Bvlgari-girl
Genre : Personal Love Story
Gadis ni is in relationship with a non-muslim kadazan guy. And blog dia 98% bercerita pasal love story dia. And aku tak tahu la kenapa tapi aku amat tertarik dengan love story dia. Agak lain dari yang lain. Dia tak serious berblog. Entri dia semua pendek-pendek. Tapi ia amat membuatkan aku nak tahu apa ending percintaan dia. Aku harap dia happy ending lah. Tak tau la dia punya bf hensem atau tak. Tapi tak kisah la kan. So setiap kali dia update blog, pasti ramai yang baca. Tapi masing-masing malas nak komen. Tak tahu la kenapa. Kalau korang suka blog ni, pasti korang akan suka blog The Romantic Guy yang di atas. Konsep dia sama. Cuma berbeza watak.

Jenis lukisan komik yang adik aku selalu beli.

Oh ya. Blog-blog classmate dan kawan-kawan terdekat aku, aku tak list kan walaupun aku pasti baca kalau ada entri baru. Tak nak list sebab kalau list pasti semua full. Aku baca semua blog kawan-kawan 'realworld' aku. Serta, aku baca semua blog yang aku follow.

Jangan lupa letak link blog korang kat ruangan komen [atau emailkan aku. Aku ni pemalas sikit nak carik satu-satu.]. Nanti aku taruk kat blog list. Dengan syarat, korang aktif berblog. =)

P/s : Nak pergi tonton cerita Pisau Cukur dengan abang aku then boleh belajar camna nak mengayat awek sekali. Tata.

Comment Here