Sabtu, 26 Mei 2012

Life Crisis : Pattern Perjalanan Hidup

Assalamualaikum


Hellow gedik-gedik sekalian. What's up?

Pernah tak korang ingat zaman kanak-kanak ketika aku aktif memblog dulu? Well, itu zaman dulu. Zaman  tu banyak benda yang berlaku di sekeliling kita. Zaman tu, John Hafiz pun masih memanjakan Denver. Zaman tu, Melayu Minimalis pun masih gempak. Zaman tu, Hanis Zalikha pun masih tak banyak iklan. Zaman tu, Zack Zukhairi pun masih dengan kekasih lama. Zaman tu, menulis blog adalah sesuatu yang ewww. But now, sesiapa je yang boleh menulis blog.

Zaman University / Kolej
Kalau korang belek-belek timeline Facebook dan Twitter korang, korang akan perasan yang dalam sehari mesti akan ada orang yang cakap dia rindu zaman persekolahan. Masa lepak-lepak, kadang-kadang aku pun teringat jugak sekolah rendah aku di Balok serta sekolah menengah aku di Beserah. Aku rindu most of the people involve in my memories. Dan bila aku nak contact balik dieorang semua, aku rasa segan. Tak tahu lah kenapa.

Well, zaman tu semua, money is not much a problem. Kita semua happy go lucky je pergi ke kelas. But now, most of you guys dah berada di zaman pengajian tinggi and money is just like your psycho exes yang tak reti-reti nak move on. Sikit-sikit, datang. Sikit-sikit datang.

Sometime, we just need to admit it yang most of our problem adalah datang dari duit. I did not, and will not say money can bring happiness, but indeed, money can settle off most of our major problems.

Zaman Kawan Semua Tinggalkan Kita
This is a point where kawan-kawan dah mula berpisah dengan kita. Ada yang pergi ke luar negara sebab sambung belajar. Ada yang tukar U sebab tak sanggup carry on subjects. Ada yang berhenti sebab tak mampu nak bayar yuran pengajian. And some of them ada sebab dan pendapat yang they kept on themself. And we, everytime we in this type of situation, I bet there is nothing we can do than just let them walk away.


But that is not the hardest part. The hardest part is bila kita terfikir yang suatu hari kita pun tak boleh carry on the subjects dan menjadi just like them. Yup, just like them. Sebab tak semua orang bernasib baik dalam pelajaran. Ada tu, belajar sampai separuh and then berhenti sebab tak mampu nak bayar yuran pengajian. Now, look at yourself how lucky you are. So, if you are good in study, then study.

Zaman Ramai Kawan-Kawan Dah Berkahwin
As for the girls, zaman ni, adalah zaman boleh dikatakan nightmare untuk korang and the geng. Ini adalah zaman di mana bila kita pandang je sekeliling kita, kita nampak kawan-kawan kita yang dah or nak berkahwin. And then, korang akan perasan yang kawan-kawan korang dah start bercakap pasal tunang masing-masing, pasal baju pengantin, pasal cicin pengantin, pasal majlis pengantin dan macam-macam lagi lah.

And at this point, you girls akan start berfikir tentang yourself. Tentang your face. Tentang tayar on your belly. Tentang lemak di bawah dagu. Tentang singleliness. Tentang lelaki yang tak pernah try mengurat anda. And anda juga akan start to wonder "Kalau aku nak suruh mak aku carikan calon suami, ada ke lelaki yang sudi." Face the fact, 90% lelaki yang berkahwin dengan pilihan family or bercinta selepas kahwin adalah kerana bakal isteri dia tu comel, cute, gebu, lawa dan cantik. Because most of them menggunakan love of the first sight semasa berkahwin muda. Not forget to be mentioned, anda akan terkejut kalau akan perasan yang ramai betul kawan-kawan anda berlumba-lumba siapa yang akan berkahwin dahulu.

But indeed. "It's not about if we get married first. It's more about if our marriage will last" ( arJUJUmand, 2012 ).

And for the boys. How the heck in the earth korang nak kahwin dengan your girl at such your young age? Anda dari family yang berada? Anda dari keluarga diraja? Anda ada segala-galanya.? Lelaki amat susah untuk berkahwin di usia muda. And thats why lah ramai para lelaki takut pasangannya di kebas oleh lelaki yang dah settle down. But oh well. Even dikebas orang, kalau dah jodoh tu dia mesti akan datang balik. Tapi kalau dah janda, maybe si lelaki akan berfikir 8,9,10 sebelum terima jadi isteri kan?

Zaman pekerjaan.
Zaman ni, adalah kemuncak kesusahan nak-nak untuk kaum lelaki. Apa gunanya kalau jadi lelaki kalau tak mampu cari kerja yang bagi gaji yang setimpal dengan pelajaran ye tak? Habiskan hampir seraus ribu ringgit belajar bertahun and then bila kerja dapat RM800 je sebulan? Come on. Kerja tetap dua tahun pun dah boleh naik gaji lagi tinggi dari RM1000. But what can I say, masa zaman ni, tak ada siapa yang kisah apa yang korang belajar. Tak ada sesiapa kisah berapa pointer korang. Tak ada sesiapa kisah apa gred korang. Sebab masa ni, apa yang orang pandang adalah kebolehan dan kenasib-baik-an korang untuk mendapatkan kerja yang awesome. Siapa yang tak happy dapat kerja gaji RM5000 sebulan ye tak?

Zaman ALL of Your Friends Dah Berkahwin dan Ada Life serta Family Masing-masing. 




Korang mungkin akan kata "Friends are forever" or "Friends until death". But here is the thing, bayangkan anda hangout or berkelah bersama-sama pada hari minggu ditepi tasik dengan kawan-kawan anda. Masing-masing riuh rendah borak sesama sendiri. Ada yang catching ups, ada yang bergurau senda, ada yang main permainan kanak-kanak yang boleh mendatangkan nostalgia.

Semua orang happy kan? Anda pun happy kan? Yes, but not until semua dah balik ke pangkuan suami / isteri masing-masing. Bila habis je hangout, all of our friend and kembali ke life dieorang. For those yang ada isteri, akan balik rumah untuk dinner. For those yang ada anak, akan balik rumah untuk jaga anak. Slow-slow, jarak anda dan kawan-kawan anda dah semakin membesar. Tengok la emak dan ayah anda. Berapa banyak dieorang keluar rumah untuk jumpa kawan-kawan? Berapa kali kawan-kawan datang rumah untuk bertanya khabar? Most of our parents hanya keluar untuk urusan kerja je.

So yes, please imagine of yourself bila everybody is going home and leaves you alone, unmarried.

Zaman Kita Tua.
And, based dari apa yang aku tengok kat cermin dan di sekeliling aku, aku rasa kita semua akan jadi parents and grandparent yang pelik. And I'm pretty sure anak-anak kita akan laju je delete browse history selepas dieorang guna computer kan? Well, ingat tak zaman kita muda-muda dulu? Setiap kali selepas guna computer diruang tamu, kita trus klik pangkah di web browser sebab tak nak bagi mak ayah tahu apa yang kita buat di dunia malay. Selepas download gambar jejaka sexy / awek comel bertudung di facebook, terus hidekan ia di dalam folder tu tak nak bagi kantoi. Tapi aku bet kalau kita dah jadi parent nanti, we all are going to check all of those tricks sebab kita semua pun pernah buat trick-trick tu kan? Dan I wonder apa trick yang anak-anak kita akan guna untuk hide aktiviti di dunia maya mereka daripada kita nanti ya?


Plus. With all of Blogs, Twitter, Facebook, Skype;  Maybe our kids gonna read our blogs. Maybe our kids gonna stalk our twitter. Can we forbid them from create own Facebook or Twitter account? We spent too much on technologies and internet. Can we forbid them from live in the social network like we did? "Oh mom, like you never addicted to internet". Now think; What type of parent we gonna be?

Told ya, kita adalah generasi yang akan menjadi ibu bapa yang pelik.



Sabtu, 19 Mei 2012

Ciri-ciri Anak Lelaki Yang Sesuai Anda Kahwini.

Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis dan jejaka-jejaka yang tak kahwin-kahwin lagi. What's up?

Seperti yang kita tahu, statistik mengatakan yang 2.5 juta rakyat Malaysia yang berumur 25 tahun dan ke atas tak kahwin-kahwin lagi. Aku tak tahu lah kenapa dieorang tak kahwin lagi. Adakah sebab dieorang (or, korang) tak laku? Or maybe korang tak kahwin-kahwin lagi sebab tak reti memasak dan malas untuk kemas rumah? 

Lagi pun, mesti ada punya orang yang tanya "Weh, kenapa kau tak kahwin lagi?" Then dengan bangganya korang jawab. Sebab Tuhan nak save aku for the best. Eley. Padahal bangun tengah hari, sampai ke petang baring sambil layan sinetron Indon, kain baju pun emak yang basuhkan. Pastu berharap ada orang nak datang meminang. Puhhh-lis.

And. Oh Oh. I know. I know. Korang tak kahwin sebab sebab still berharap kat boyfriend korang yang kasi harapan palsu padahal si boyfriend dah plan nak kahwin dengan perempuan lain dah kan? Alalala. Keciannya. :( And and and. Tak kurang juga bilangan gadis-gadis di Malaysia tak kahwin-kahwin lagi sebab masih menunggu Mr Perfect yang tak wujud datang meminang. Mana tak nya. Nak cari lelaki kelakar macam Ustaz Azhar, handsome macam Ustaz Don dan suara mengasyikkan macam Maher Zain. Mana mau dapat beb?


And yes, bila sampai satu tahap yang korang tak laku, mesti korang akan suruh mak ayah carikan bakal suami kan? Begitu juga dengan pihak lelaki kan? Ada je sebenarnya si lelaki yang suruh si emak yang carikan bakal isteri. And si emak pula, mesti nak cari yang comel-comel. Kalau tak comel, si anak lelaki tu sure reject. Iye lah, nama pun gadis comel. Marah ke, menangis ke, membebel ke, still nampak comel. So kalau selepas kahwin nanti, tak bahagia pun tak apa asalkan dapat tidur dengan gadis comel ye tak? 

And... Aku ada seorang kawan ni. Dulu masa kakak dia nak kahwin, dia ada bagi tahu yang kakak dia dah penat bercinta lama-lama. Sebab last-last, putus jugak. So, senang cerita, kakak dia kenal seorang mamat ni dalam beberapa bulan je. Lepas tu, terus kahwin. Which means, dia setuju untuk kahwin dengan seorang lelaki yang dia baru je kenal. Risky is not it?

Well. Here is the thing. Masa korang nak pick pasangan korang tu, isthikarah tu adalah mesti (Aku baca Majalah Solusi, katanya 3 kali istikharah at least). And then, korang kena juga lah tengok latar belakang dia. Maklum lah, korang kan baru kenal. Standard la bila baru kenal tu, semuanya nampak perfect. Bakal suami korang tu lah Maher Zain. Bakal suami korang tu lah Ustaz Don. Bakal suami korang tu lah Aaron Aziz.  Tapi bila dah masuk alam perkahwinan, hah. Tu la suami paling pemalas. Tegur sikit, melenting macam orang gila.

Lelaki sulung 
Kalau korang layan drama-drama melayu yang membosankan, korang akan perasan yang anak pertama yang sesebuah family tu dapat mesti periang. And then, bila dapat je anak kedua, mesti akan ada babak anak pertama jealous sebab parents asyik melayan baby yang baru lahir (Anak ke dua) kan? Dan situasi ini akan melahirkan perangai anak sulung yang tipikal. Tipikal anak sulung adalah...

Mudah Marah - Macam yang aku pernah bagi tahu kat Twitter, most (aku ulang, MOST) of lelaki yang anak sulung adalah panas baran. Kalau dalam sehari-harian, mood dia okay je. Tapi kalau once ada orang start buat pasal, laju je dia naik berserk dan buat rampage. Tapi jangan salah faham. Bila cakap pasal mudah marah, tak bermaksud dia akan pukul isteri. Tak mustahil yang most of anak sulung adalah tegas semata-mata. Tapi bila untuk certain people yang panas baran, memukul isteri adalah kebiasaan. Dengan kata lain, kalau sebelum kahwin dia dah maki hamun or pukul korang, better jangan kahwin dengan dia.  

Pendapat dia je nak kena betul. - Ianya agak hard untuk argue dengan lelaki yang style macam ni. Kalau korang betul macam mana sekali pun, dia akan twist supaya dia menang dalam argument. Lelaki macam ni sesuai jadi lawyer. 

High confident - Gonna be a good leader - Ni adalah antara part yang bagus dengan anak sulung. Dalam banyak-banyak ciri-ciri lelaki idaman, good leader adalah soooo charming di mata gadis. Nak-nak kalau si lelaki tu boleh bagi arahan kat orang bawahan dia dan orang bawahan dia respect. Most of anak sulung earn the respect disebabkan oleh ketegasan diri dia. 


So, jikalau anda (perempuan) nak mengahwini lelaki yang anak sulung, pastikan korang check dulu perangai dia macam mana. Bukan je check perangai dia. Perangai korang pun kena check. Kalau si dia tu panas baran and korang pun jenis degil nak mampus, aku suggestkan korang make a pact and discuss about it. Make sure salah seorang antara korang boleh bertolak ansur. 


Anak Bongsu.
Anak bongsu... Anak bongsu... Hm... *Geleng-geleng kepala*. Ramai kawan-kawan aku sebenarnya anak bongsu. Samaada lelaki ataupun perempuan, perangai anak bongsu memang tak jauh beza lebih-lebih lagi kalau yang anak bongsu tu ada ramai adik beradik. 

Degil
Hah. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, kalau anak bongsu dalam adik beradik yang ramai, mesti degil dan manja (Perempuan). Apa yang dia nak, mesti dia nak dapatkan juga. Kuat nangis pun betul juga. Untuk perempuan tak apa. Tapi kalau untuk lelaki.... Hmm. *Geleng kepala lagi*

Susah untuk buat keputusan / Banyak buat keputusan yang silap. 
Anak bongsu samaada lelaki or perempuan, kebanyakkannya buat something based on perasaan. So, ada certain keputusan tu, dia akan buat masa dia dalam mood tertentu. So faham-faham lah. Bila tengah marah akan kasi keputusan macam mana. Bila happy akan cakap macam mana kan?

Jarang sebenarnya anak bongsu akan berkahwin dengan anak bongsu juga. Jarang. Biasanya, anak tengah akan berkahwin dengan anak tengah. Anak sulung akan berkahwin dengan anak bongsu. Tapi tak bermaksud anak bongsu tak boleh kahwin dengan anak bongsu. Dan, anak perempuan bongsu biasanya amat comel berbanding dari adik beradik yang lain. 


Anak Nombor Dua 

Mostly, anak kedua adalah anak yang paling lain dari lain-lain adik beradik. Tak kisah la lelaki ke, perempuan ke, asal anak nombor dua je, mesti yang paling pelik. Dia la yang paling pelik. Dia lah yang paling terasing. Kadang-kadang, yang paling bermasalah pun dia. 

Dan ketika berjalan-jalan di blogsphere, aku jumpa satu blog ni yang bercakap pasal ciri-ciri anak ke dua. 

Dalam banyak-banyak list ciri-ciri anak kedua yang dia nyatakan, aku amat tertarik bila dia kata

Tak Pandai Pujuk
Memang anak no 2 ni dia tak pujuk makwe / pakwe dia..


Wait. Whatttt? Anak kedua memang tak pandai pujuk kekasih? Oh come ne. Puhlis lah. Okay fine anak kedua maybe memang tak pandai memujuk. A lovely girl once told me yang aku punya skill memujuk adalah 0 bintang. Tapi tapi tapi... Erm.. itu bukan bermaksud aku tak pandai memujuk sebab aku anak kedua. Ianya maybe sebab... Erm.. Erm.. I nonid to give any reason okay?.

Setia.
Tak digoyahkan anak no 2 juga …. dia kalau bercinta, sangat setia…sanggup berkorban 

HAH! Hah. Haaa. Yang ni aku memang setuju sangat-sangat. Sebagai anak nombor dua yang setia, aku dengan ini menyatakan persetujuan penuh terhadap statement di atas. Mana lagi nak cari adik beradik yang paling sedia dari anak nombor dua ye tak?


Pemaaf dan Caring
Tak dinafikan no 2 ni pun pemaaf & caring…TAPI awas jgn bg diorg marah….kalau depa marah faham sajer lah

Pemaaf dan Caring ni pun aku setuju. Bukannya apa. I ni caring sebenarnya. Dengan kata lain. Untung tauu kalau korang dapat kahwin dengan lelaki yang anak nombor dua. Kalau tak handsome pun tak apa. Janji anak nombor dua. *Fliphair*.


Sebenarnya, kalau korang perhatikan kawan-kawan korang yang anak ke dua, mesti korang akan perasan yang perangai dia lain macam. Taste dia lain dari manusia normal, kesukaan dia lain dari kebiasaan dan perangai dia pun rare sikit dari most of the people. Tak caya, try tengok kawan-kawan korang.

Dan actually, perangai manusia bukannya di tentukan oleh nombor adik beradik. Ianya di tentukan oleh pengalaman mereka sendiri termasuk pengalaman persekitaran keluarga. Macam mana dia di layan sebagai anak pertama, macam mana dia di jaga selepas anak kedua dilahirkan, semuanya kasi attribute kepada perangai si anak bila besar. Dan benda ni penting juga sebenarnya kalau nak perkahwinan korang bahagia. Especially bila si lelaki tu panas baran. 

Tapi kan, kalau korang perasan, pasangan yang si isteri garang, degil dan keras kepala, mesti akan mendapat lelaki penyabar, tenang dan lemah lembut. Dan kalau si suami yang garang, bengis serta pendiam, mesti akan dapat isteri yang muka ayu, senyuman menggoda dan pandai melayan. Well, perempuan ni Allah cipta untuk sejukkan hati lelaki. Ada sebab kenapa senyumannya menggoda, suara manjanya melelehkan dan lirikan matanya yang mengasyikkan. Tapi kalau tak reti masak tak jalan jugak ye dak? Hihi.