Ahad, 22 Januari 2012

Simpan Kenangan Dalam Album Photobook.

Assalamualaikum

Korang tahu tak yang sebenarnya aku ni tak ada langsung album untuk gambar-gambar aku. In fact, dulu aku ada but then seluruh koleksi gambar-gambar tu semua dah total lost disebabkan rumah nenek aku terbakar. Dan malangnya, dalam kebakaran tu, semua album-album aku masa kecil-kecil bersama family aku semuanya terbakar skali. So sekarang, gambar-gambar tu hanya tinggal kenangan dalam minda aku je. Nanti sure anak dan bini aku tak boleh tengok betapa comelnya aku semasa kecil. Wuwu.

Sebenarnya kan, walaupun kita dah masuk dunia digital, melihat kenangan dalam gambar digital adalah tak se-best melihat gambar di atas kertas dan album gambar photo book. Lebih-lebih lagi bila gambar tu berada di atas tangan kita sendiri kan? And now, berapa ramai antara kita yang tahu pasal album photobook yang murah serta berkualiti di Malaysia?

Actually, aku pun baru tahu tentang photobook non-digital ni sebenarnya boleh dibuat secara online. Korang siap boleh design sendiri lagi kedudukan gambar-gambarnya. Yup, korang just perlu download the software, letak gambar-gambar korang dalam software tu mengikut citarasa korang then upload. After that, korang akan terima photobook korang right in front of your doorsteps. Simple kan? Sebab semuanya dijalankan secara online.


And, antara website yang menyediakan servis photobook online yang harganya berpatutan dan berkualiti adalah Foto Kenangan. Korang boleh tengok sendiri website dia dengan klik link tu. Dan kat dalam websie tu pun, ada software free untuk design album photobook. And if korang nak tengok dia punya Facebook Fan Page, korang boleh klik sini. Info, promotion dan latest news akan ada kat Fan Page tu.

Kenapa aku patut beli?
Korang mungkin tertanya-tanya pasal this photobook. Dan as for me, kalau lah aku nak kahwin nanti, aku seriously akan beli album photobook instead of kumpul gambar dalam external harddisk. The feeling tengok kenangan perkahwinan di tangan dan album jauh lagi sentimental dari tengok gambar di iPad dan laptop.


Dan ianya bukan untuk perkahwinan je. Korang boleh guna album photobook ni untuk:
  • Graduation
  • Birthday
  • Anniversary
  • Celebration
  • Reunion
  • Family
  • Vacations
And macam-macam lagi.


So, mahal tak harga untuk satu photo book?
Ramai orang yang salah faham dengan definition barang mahal. Bagi aku, mahal adalah benda yang murah dan tak berkualiti tapi dijual dengan harga yang tinggi. Dan barang berkualiti yang patut korang beli adalah barang yang harganya berbaloi dengan produk. And most of us tend untuk membeli barang yang berjenama padahal harga sesuatu barang tu mahal adalah disebabkan jenama dan bukannya kualiti.


So, adakah photobook yang aku promote ni adalah mahal tapi tak berkualiti? Actually, aku ada buat sedikit homework tentang photobook ni dan aku dapat tahu harga satu photobook yang berkualiti bermula sekitar RM 180 - 250. Itu pun di website yang dah well-known dan popular serta dah ada nama. Dengan kata lain, ianya mahal kerana nama. Dan if ianya murah, then ianya adakah kerana kualiti yang teruk.


And currently, there is a promotion for the first 100 buyers untuk Classic Landscape Fullwrap Hardcover (40 pages). Harga biasa adalah RM 243 tetapi as for the promotion, harganya dah menjadi RM 178 with free shipping. And, this promotion hanyalah untuk my blog readers sahaja. So, cepat-cepat dapatkan voucher promotion ni dengan menghantarkan email kepada support@fotokenangan.my

Dan kalau korang nak tahu lagi tentang jenis photobook, korang boleh lepak-lepak di FotoKenangan.my. Harga dari serendah RM 48.



Rabu, 18 Januari 2012

Sebab Kenapa Doa Korang Asyik Tak Di 'Layan' Tuhan.

Assalamualaikum


Hello ladies and gentlemen. Whats up?

Bak kata orang ramai, senjata orang muslim adalah doa. Korang pun mesti banyak doa kan. Pagi petang siang malam, berdoa je kerja korang. Ada yang berdoa nak mintak dapat result terbaik. Ada yang berdoa supaya tak kena marah dengan boss dan ada yang berdoa supaya dapat duit beribu lemon. But why the heck in the Earth doa kita tak dimakbulkan?

Aku kasi lah korang contoh. You girls dari umur 16 tahun dok gatal nak kahwin. Nak kahwin pulak dengan anak raja. Tak dapat anak raja, anak Dato pun jadi lah. Tak dapat anak Dato pun, mana-mana lelaki pun jadi lah. Iye lah, nak demand sangat pun tak boleh. Maklum lah, lelaki berkualiti tinggal berapa kerat je ye tak? So, hari-hari korang dok berdoa supaya cepat sampai jodoh. Tapi sampai sekarang, korang dah umur 35 tahun pun still tak sampai-sampai jodoh. Nak kata tak pandai, belajar sampai PhD. Nak kata tak der duit, kerja gempak. Tapi entah kenapa, tak ada lelaki pun nak masuk meminang. Mengapa? Mengapa?!

Begitu jugalah dengan rezeki dan hajat lain korang. Korang nak sangat dapat pekerjaan yang korang apply. Korang punya resume, gempak-gempak gila ah. Siap ada hidden page lagi. Hantar pulak pakai kertas embossed. Tu belum kira ada taruk sikit bedak-bedak kasi wangi resume korang tu. Tapi, still, korang je yang tak dapat jawatan yang korang dok apply kat syarikat tu. Nak kata berdoa, setiap hari dah berdoa. Berusaha pun dah. So, mana silapnya?
Mungkin, some of us akan terfikir:
"Semakin nak kita kat sesuatu benda tu, semakin tinggi kemungkinan yang kita tak akan dapat." 

Jadi, mengapa? Mengapakah situasi sedemikian rupa berlaku terhadap kita? Mengapa?! *Ceh ceh.*

There is always a story about a person yang tak tahu pasal satu benda yang lain. Dan dalam case ini, adalah doa. Kebanyakkan di antara kita di ajar untuk berdoa di mulut. Umpama, "Hey you. Yes you. Kau nak tips dapatkan pekerjaan yang diidamkan? Nah, try baca doa ni selepas solat" And then, kita semua dok la baca setiap hari. Baca setiap hari sampaikan doa tu dah auto ingat dan melekat kat mulut. Dan bila ini berlaku, korang umpama berdoa tanpa korang sedar. Korang tak tahu pun korang berdoa pasal apa? Translation doa tu lagi lah korang tak ambil kisah. Yang korang tahu, korang tengah berdoa. Adakah ini betul?


Sebenarnya, tak ada masalah sebenarnya untuk terus mambaca doa dengan cara begitu. Tapi, lagi better kalau kita meant it kan? Sebab ramai je orang yang berdoa guna mulut dan bukannya berdoa pakai hati. Kat mulut, suara doa tu kuat je. Kalau boleh, macam nak ajak berperang. But, adakah itu necessary? And berapa ramai yang berdoa sedalam-dalam hati dan berdoa bersungguh-sungguh? 


Tips, bagi memakbulkan segala hajat.
Ada banyak sebenarnya cara untuk meminta kat Tuhan supaya hajat dimakbulkan. Or dengan kata lain, meminta supaya doa kita "didengari" Allah. For example

"Ya Allah Ya Zal Jala Liwal Iqram" (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.)

Try baca ayat di atas sebanyak-banyaknya bila korang ada hajat yang korang nak dapatkan. InsyaAllah, kalau korang tak dapat yang korang hajati tu, then korang akan dapat yang better.


Bagi mekbulkan permintaan rezeki.
Masa kat twitter, ada seorang awek ni, dia ajar aku zikir untuk dipermurahkan rezeki. Aku tak sure lah awek mana satu. Dia pernah bagi tahu aku yang zikir "Al-wajid" adalah zikir dipermurahkan rezeki. So, aku baca zikir tu selalu.


Solat Dhuha.
Solat Dhuha ni sumpah lama gila dah aku tak buat. Dulu-dulu semasa sekolah menengah selalu gak buat sebab Ustazah kat sekolah aku paksa satu kelas di waktu belajar dia untuk bersolat Dhuha. Dan korang tahu tak, kebanyakkan usahawan memang melakukan solat Dhuha sebab solat ni lah yang menarik rezeki kat kita. So, if you are looking for more and more fortune, then try this. And maybe, aku pun patut cuba.

Settle your problem.
Bagi menyelesaikan segala masalah yang korang alami dan mempermudahkan perjalanan hidup.

"La Illa Ha Illa Anta Subha Naka Inni Kuntum Minaz Za Limin." (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.)


Ini adalah doa ketika Nabi Yunus berada dalam perut Ikan hari tu. Masa dia dapat tau dia ada dalam perut ikan, dia terus tenangkan diri dan baca doa ni. Dan seriously, aku memang amalkan doa ni. Amat-amat berguna bila korang dalam masalah. So, kalau korang dalam masalah yang amat-amat besar, korang just baca doa ni banyak-banyak. Banyak-banyak sampai korang tak ada masa nak cakap pasal benda lain. InsyaAllah, selepas korang stay dengan doa ni, pufff. Masalah tu selesai tanpa korang sedari. All you need hanya faith.

Boleh percaya ke ni? Aku dah buat banyak benda-benda di atas. Tapi apasal doa aku tak pernah termakbul pong?
Sebenarnyakan, aku boleh cakap yang most of us suka sangat melambatkan solat (Termasuk aku sendiri). Solat asyik nak lambat. Tapi bab mintak doa, laju je nak dimakbulkan. Korang tak malu ke? *Terasa*.


Dan kadang-kadang, kita tak perasan dengan benda yang penting dalam hidup kita which is, apa yang kita makan. Sedikit makanan haram masuk dalam mulut kita, 40 hari ah doa korang akan dibuang dalam tong sampah. Contohnya, korang lapar. Then, korang curik meggi kawan korang. Then kesokkannya, korang dok berdoa untuk dapat interview kerja. Memang tak ah untuk korang mudah dapat apa yang korang nak tu.

Are you sure Kay? Sebab aku nampak ada je member aku yang suka curi makanan, tak solat, tak berdoa tapi dia dapat semua yang dia nak.
Well, for this case, you should read THIS.

Waktu dan saat yang paling terbaik untuk berdoa.
Now, let me give you the best way untuk berdoa. Ramai yang ingat, berdoa just angkat tangan dan, pooff, aladin akan keluar. But that adalah total bullshit. Sebab ada cara sebenarnya nak berdoa to the max. Antara tempat dan waktu paling mustajab doa tu adalah:
  • Malam jumaat
  • Malam Hari Raya Aildil Fitri
  • Malam Hari Raya Aidil Adha
  • Malam 10 Muharram
  • Malam Nisfu Syaaban
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Hendak berbuka.
  • Gap waktu antara Azan dan Iqamah
  • Ketika Khatib duduk semasa Khutbah ke dua nak start. (Masa baca doa)
  • Waktu seleas solat Fardhu
  • Waktu antara Zohor dan Asar
  • Selepas Khatam Quran
  • Ketika hujan mula turun selepas kemarau.
  • Selepas buat benda-benda baik
  • Selepas bersedekah kepada fakir miskin.

Dan jangan lupa, suruh kawan-kawan korang doakan untuk korang. Kalau korang ada kawan, bestfriend, awek, tunang dan isteri, suruh dia doakan sekali. Sebabnya, doa perempuan lebih termakbul berbanding lelaki. Dan amalan meminta orang untuk mendoakan kita adalah satu amalan yang baik. Tapi jangan ar korang paksa kawan korang untuk doa tuk korang. Memang tak ah dieorang nak doa dengan iklas kan?


Bila korang dah start berdoa tentang satu perkara untuk satu jangka masa yang lama, one day, korang akan dapat satu persaan tenang dimana korang tahu yang korang sure akan dapat apa yang korang doakan tu. Itu lah saat dimana korang dah ada full faith in Allah. Aku cakap based on my experience. Aku ada masalah dengan apa yang aku fikir. Dari kecik lagi, bila aku fikirkan suatu benda, aku sure tak dapat. But, since I start berdoa guna 'hati' untuk satu perkara dengan berterusan, sampai satu tahap, aku tahu yang aku akan dapat perkara yang aku doakan tu. No doubt. Tu pun kalau aku berdoa sehabis mungkin lah. Sebab aku ni bukannya baik sangat.

Korang kena ingat. Allah tak pernah kata tidak untuk doa yang baik-baik. Allah hanya kasi 3 jenis jawapan je bila korang berdoa which is "Ya", "Belum lagi" dan "I got something better in mind"

Dan, kadang-kadang, aku rasa better kita berdoa mintak "dapat yang terbaik" instead of mintak benda yang kita nak.



Rabu, 11 Januari 2012

Shy-Shy Cat Love Story #1

Assalamualaikum


"Aku terima nikahnya Hanis Zalikha Bt Nordin dengan mas kahwinnya RM 88. Cash.”

Sah

Sah

Sah.

Sahh.

Alhamdulillah.

Aku tersenyum, dengan tiga kali lafaz, aku berjaya jadikan si dia halal bagi aku.

"Perh kau. Tadi gila ah berlagak. Konon setakat lafaz nikah lah, apa lah. Sekali bila nak lafaz, tergagap-gagap kau." Seorang kawan yang aku dah lupa nama tegur sambil tergelak-gelak. Aku memang mudah terlupa nama orang. Nak-nak kalau orang tu adalah lelaki. Dah la lelaki. Tak handsome pula tu.

"Biasa la bro, benda berbaloi mesti lah susah nak diluahkan dengan kata-kata" Jawab aku dengan tenang. Ayat cover tanpa doubt. Dan di point itu juga, aku ternampak isteri aku yang tengah berdiri sambil bersalam-salam dengan mak-mak orang serta makcik-makcik yang entah datang dari mana. Dan secara tak langsung, aku baru perasan yang kebanyakkan orang yang ada dalam rumah tu mesti perempuan yang bertaraf ibu-ibu. Yang lelaki semua tengah sedap makan di luar. Well, kalau aku sekali pun, aku memang dah ada kat luar dah sekarang ni. Buat apa la sibuk-sibuk nak tengok pengantin. Baik makan kat luar rumah, boleh la jugak kenyang. 

"Awakk, kita dah kahwin." Aku kenyit mata sambil tersengih melihat isteri ku. "Eeeeeee. Gedik" Dia buat muka sambil berlalu pergi. Kawan-kawan dia just gelak-gelak je. Mengada-ngada. Suka cakap la suka.


 *****************
 
Aku pergi ke ruang tamu. Hanya memakai boxer. Saja nak goda isteri aku. Isteri mana tak tergoda tengok suami pakai boxer ye tak? Tak caya, cer try suruh ayah korang pakai boxer. Tengok apa jadi.

Then bila sampai kat ruang tamu, nampak la isteriku tengah rajin melipat pakaian yang kering yang baru di ambil dari jemuran sambil menonton TV. Kat TV tengah siarkan cerita Hagemaru. Aku tak faham lah dengan perempuan zaman sekarang. Dalam banyak-banyak cerita indon yang meleret-leret, cerita kartun Hagemaru jugak yang jadi pilihan.

Tapi dia diam je. Khusyuk gila dok melipat baju dan seluar. Ah, ni tak boleh jadi ni. Masakan dia boleh sibuk melipat baju dari melayan aku?

Tetiba, bila keluar je iklan Milo di kaca TV, terus aku dapat idea.

"Awak"

"Hmm"

"Tengok iklan milo tu."

"Kenapa dengan iklan tu?"

"Nampak macam sedap kan milo tu?"

"Hmm"

"Bestnye lah kalau dapat minum air milo kan?

Tak ada respond.

"Bestnyeeeeeeeeeeeeee lah kalau dapat minum milo tu kannnnn?" aku ulang lagi sambil meninggi kan suara.

Bini aku dah jeling kat aku. Perh, mengancam weh jelingan dia. Dia berhenti melipat baju sambil bangun "Pantang betul ye tengok orang senang" Katanya lagi sambil berlalu ke dapur.

Aku tersenyum. Alahai. Bestnya ada wife memahami. Air milo yang berasap datang bersama sepiring biskut dan keropok lekor. Wife aku duduk sebelah aku sambil tonton TV. Kalau nak diikutkan, nak je aku suruh dia cicahkan biskut tu dan suapkan ke dalam mulut aku. Tapi, milo tu masih panas. Takut juga kena simbah.

"Awak" aku memecahkan suasana sunyi.

"Apa"

"Duduk la sini"

Dia pandang aku.

"Sini. Sini. Meh." sambil aku tepuk-tepuk peha aku yang tak diliputi boxer.

"Eeeeeeeeeeee. Tak nak laa"

Aku tahu dia nak. Siapa tak nak kan duduk atas peha aku yang gebu ni. Tapi dia malu-malu. Iye lah, baru 3 hari kahwin kan. Aku melompat pergi ke sofa yang dia duduk. Aku duduk rapat dan peluk dia guna tangan kiri. Muka dia merah. Tapi dia tak tolak. Lama kelamaan dia senyum sambil sandarkan kepala ke bahu aku.

Ahh, bestnya kahwin.

Aku terus capai iPhone aku. Buka Twitter

"Bestnya kahwin. Rasa macam nak kahwin lagi la. Hihi"

Send.

Kurang dari satu minit, banyak gila mention dan feed back yang aku dapat. Satu-satu aku baca tweet reply tu. Ada lelaki yang gelak dan ada perempuan yang melahirkan perasaan geram kat aku. Dan tak kurang juga ada yang offer jadi isteri kedua. Aku hanya gelak sambil memeluk isteri aku.

Tiba-tiba iPhone isteri aku berbunyi. Dia pandang ke handphone dia and then terus jeling kat aku. Oh shit shit shit. Ni mesti ada orang CC kan tweet aku kat dia. Dan, itu lah saat pertama aku merasa Cubitan Sipi-Sipi 360 darjah dari dia. Sejak dari hari tu, aku dah tak berani nak tweet bukan-bukan di twitter.

Selepas puas menonton Hagemaru sambil cuddle bersama yang tersayang, aku dan dia pergi masuk ke bilik.

Selepas beberapa minit, ada bunyi jeritan. Mungkin, dieorang sedang bermain permainan yang lelaki dan perempuan ajnabi tak boleh main. Ya, main Snap. Snap!



Ahad, 8 Januari 2012

Tahun 2013 : Tahun Gelakkan Kaum Mayan, Illuminati and Geng Anti Konspirasi

Assalamualaikum


Aku sebenarnya memang tak sabar dah nak melalui detik-detik mendebarkan untuk tahun 2012 ni. Iye lah, semakin kita melalui tahun 2012, semakin dekat kita dengan Kiamat ye tak? Deyy, dah nak kiamat ahh, dah-dah la tu buat benda-benda lara. Apa kata korang kuarkan semua duit ASB korang and kahwin sebanyak mungkin. Baru la best. At least sempat kahwin sebelum mati ye tak? Kalau nak pi Haji, rasanya memang tak sempat dah kan? Hihi.

Pada awal tahun 2013 nanti, aku nak pergi ke setiap blog anti konspirasi dan geng-geng anti Freemason yang percaya Kiamat pada 2012 and then.... THEN aku akan gelakkan dieorang sambil kerkata "Weh, mana kajian-kajian korang tu, bukan ke dulu korang dok kecoh kiamat lah, dajjal lah apa lah. Mana weh? Oh, oh. Kiamat tak jadi sebab korang dah berjaya halang Dajjal keluar eh? Power weh korang." HAHA

And aku tahu, ramai antara kita yang sukakan video The Arrivals and Video Akhir Zaman. And trust me, this gonna be epic fail ever. Dan dari pada korang dok layan The Arrivals tu, baik korang baca INI. Dalam Arrivals ada tak benda ni?

Selepas dah puas gelakkan dieorang, aku nak pi kat Fan Page Facebook anti Illuminati ke apa ke yang dok sibuk kaji pasal dajjal and kiamat, then gelakkan kan semua video yang konon-konon kaji kitab kuno lah, kaji kitab black bible la, book of Mormon moron apa jadah lah. Then spam komen sambil gelak-gelak kat situ.

Then, kalau ada gambar anak babi yang cacat dan hanya ada satu mata kat Fan Page tu, aku akan kasi extra gelak. Babi yang cacat pun dieorang nak pi kait dengan dajjal? Apa ke nonsensenya budak-budak ni? Tak sekolah ke apa?


Aku memang dari dulu kalau korang perasan, anti betul dengan puak-puak anti konspirasi yang percaya kepada benda yang berkait dengan Freemason and illuminati yang nak keluarkan Dajjal ni. Sikit-sikit, nak kaitkan dengan Illuminati dan Freemason. Paling aku anti dengan lagu yang diterbalikkan. Pastu, aku anti gak dengan orang yang dok kaitkan artis dengan Freemason. Habis M Nasir, Mawi, Aizat semua dieorang pi kaitkan dengan Freemason. Tak pasal-pasal kena Freemason. Pastu sibuk la pengkaji-pengkaji yang jobless ni nak kaji pasal kiamat and dajjal. But, for what?

Deyyy. Kiamat ke, dajjal ke tak payah kaji la. Korang nak kaji buat apa? Kalau betul kiamat baru nak bertaubat? Aiya. Kalau korang pakar pengkaji yang hebat nak tahu, kiamat ni memang tak perlu sibuk nak dikaji. Ianya dah ditentukan oleh Tuhan. Kau kaji pun, apa prevention method kau? Apa lu fikir lu boleh halang dajjal keluar eh? Apa lu pikir lu boleh halang kiamat eh? Talk nonsense ar lu. Tu lah, lu kaji sangat benda-benda pelik. Lu pun jadi pelik ar. Freak people are freak.

Banyak sebenarnya article-article yang bercakap pasal Dajjal, Freemason, Illuminati and Tarikh Kiamat. And kalau korang nak tahu, nak pertikaikan article tu, gila ah mudah. Kalau korang nak tengok contoh aku bash article-article menipu, korang boleh klik Show / Hide. Kalau tak nak, boleh skip.





Tak salah ar korang nak tahu bab-bab kiamat dan dajjal ni. Sebab ianya boleh menaikkan iman korang. Ya, serious boleh kasi korang naik iman sebab baca benda-benda ni akan mengingat kan korang dengan akhirat kan? Tapi kalau dah masuk bab percaya certain tarikh kiamat, ianya terus jatuh hukum syirik tahu? Korang tahu apa dosa syirik? Straight away to the hell yaw. No bengkang bengkok ar. Hell all the way you know?


Kalau korang tertanya-tanya:

Mr K, apa point kau buat entry ni?

Well, point aku simple je. Aku sebenarnya dah amat bosan dengan orang Malaysia dan orang di serata dunia yang dok paranoid pasal Kiamat. Aku ingatkan, benda-benda macam ni berlaku kat tahun 2010 je. Tengok-tengok, makin melarat. So, than is why lah aku tak sabar nak tunggu tahun 2013. Aku nak tengok betul ke tidak kiamat memang berlaku. Kalau tak berlaku kiamat, memang confirm ar sorang-sorang aku bahan kat blog aku ni. HAHA.

Tapi, korang mungkin akan tertanya-tanya juga:

"Weh Mr K yang kerek. Sedap ye kau nak gelakkan aku yang fanatik dan obsess dengan Anti Christ, Dajjal dan tarikh kiamat ni. Tapi pernah tak kau terfikir. Macam mana kalau akhir tahun 2012 nanti, dunia betul-betul kiamat? Kau nak tarik balik blog post kau ni?"

Hmm. Hmm. Hmm. Soalan yang bijak kawan-kawan. Tapi, kalau betul lah akhir 2012 nanti dunia dah nak kiamat, kita semua akan mati kan? Tak pun semua mesti tak nak online dah kan? So peduli apa aku dengan post ni. HAHAHA.



Rabu, 4 Januari 2012

Kahwin Masa Belajar : Tips Percintaan Jarak Jauh

Assalamualaikum


Hello gadis yang berjauhan dengan suami comel masing-masing. What's up?

Seperti yang korang semua dah tahu, beberapa minggu lepas aku ada tulis pasal long distance relationship. And guess what? Sejak dari tu, aku dapat banyak je cerita pasal LDR. Tak kisah la cerita tu aku dapat via email ke, via komen ke, via Facebook ke tapi memang banyak. For most of it adalah case tentang kahwin muda or yang bakal kahwin muda tetapi memang awal-awal dah tahu yang dia akan berjauhan dengan si isteri tercinta dan si suami tercomel.

Actually lah akan, kalau korang tanya aku, aku akan bagi tahu yang nothing is wrong with the perkahwinan semasa balajar. Aku pun sebenarnya boleh je kahwin masa belajar. Tu pun kalau ada duit lah kan. Biasalah, no money, no girl. Ada duit, cinta boleh beli. Oh oh, I mean, cinta kan boleh pupuk guna duit. Hihi.


This tips bukan hanya untuk orang yang belum kahwin tapi juga untuk yang dah kahwin. Tips ni bukan hanya tuk pelajar yang terpisah kerana ingin mengejar cita-cita tetapi juga untuk pasangan yang terpisah kerana kerja berjauhan. Tips ini bukan hanya untuk pasangan suami isteri yang antara negeri tetapi juga yang terpisah dengan lautan pasific.


*************

Assalamualaikum buat yang beragama Islam dan selamat sejahtera untuk yang bukan beragama Islam

LDR aka Long Distance Relationship or Percintaan Jarak Jauh adalah satu percintaan yang paling susah sekali. Ramai yang ngeri mendengar terma ini. Yalah LDR ini selalu bertemu kegagalan di tengah jalan. Tapi bukan semua kalau kau tahu "Do's and don'ts" dalam LDR.

Aku sendiri sudah masuk tahun ke tiga dalam fasa LDR. Alhamdulillah mungkin rezeki Allah buat aku, dikurniakan seorang buah hati yang cukup setia dan sabar menunggu aku yang jauh membelah lautan ini. Buah hati di Malaysia. Aku di luar negara. Memang bukan mudah menjaga emosi ketika LDR. Tapi aku pilih untuk bertahan. InsyaAllah hari bahagia kami akan tiba bila-bila dari sekarang. Doakan.

Apa Do's and Dont's yang perlu kau tahu dalam LDR? Kalau kau tanya encik google, beribu link diberi untuk memberi panduan pada kau, Dan mungkin kalau kau cari lagi, link Terfaktab turut tersenarai. Apa yang akan aku tulis ini adalah pengalaman aku sendiri selama tiga tahun memperjuangkan LDR.

DO'S

1. Kuat 

Kuat di sini bermaksud kuat dari segi emosi. Ketika ini kau akan rasa hati kau berperang dengan akal. Hati - hati terutama bila kau seorang pelajar. Jangan hilang fokus. Jangan bawa masalah cinta dengan belajar. Jangan biarkan rasa rindu pada si suami yang jauh menggangu tumpuan kau ketika belajar. Cakap mudah, bagaimana aku implimentasi kan kata-kata aku ini? Sibukkan diri kau dengan kerja. Basuh pinggan, basuh rumah, basuh bilik, makan, baca buku, tidur. Jangan 24 jam kau menghadap Facebook untuk stalk isi hati kau. Belum tentu kau stalk dia, kau tahu dia curang ataupun tidak. Lagi-lagi lelaki kan?

2. Bersahabat dengan sahabat si dia. AKA pasang spy.

Bukan untuk mengongkong. Tapi untuk tahu perkembangan terkini. Lagi - lagi lelaki kau tu. Kalau ada apa-apa suka sangat berahsia. Kita yang perempuan kadang-kadang bukan apa, risau dengan orang jauh. Sakit ke, tak makan ke, ponteng ke, mula bergaul bebas ke? Risau faham? Aku dah nampak ada yang berkata "Alah,sama jugak macam mengongkong!". Baiklah. Terserah apa kata kau tentang termanya. Bagi aku adat bercinta. Pasti ada sedikit perasaan nak mengongkong, Tak banyak. Sedikit pasti ada. Tipu kalau ada yang kata "Aku biarkan kekasih aku buat apa yang dia nak buat, asal dia bahagia, walau aku sakit hati". Kalau ada yang begitu, jumpa aku. Aku balik Malaysia, kita pergi makan-makan. Kau belanja guna duit kau.

3. Jaga komunikasi

Bagi aku, LDR bukan alasan untuk kau buang masa Skype hari-hari. Ingat, kau ada tanggungjawab lain. Kalau yang sama negera, berbeza tempat, bukan alasan untuk kau menghabiskan duit kau untuk topup dan bergayut sepanjang masa. Ada masa kita boleh berbual. Ada masa kita perlu beri ruang untuk kekasih kita lakukan benda lain. Ingat. Kekasih bukan hak milik kau. Kau tak ada hak mutlak untuk arahkan kekasih kau buat apa kau nak melainkan kekasih kau memang setuju untuk ikut arahan kau. 

Macam aku sendiri, dugaan sangat besar. Kekasih aku tak ada laptop. Kami hanya skype bila dia pulang ke rumah sebab meminjam laptop ibunya. Dia pulang ke rumah pun dua bulan tiga bulan sekali. Facebook apatah lagi. Nama sahaja wujud akaun tapi bagai tak bertuan. Kadang-kadang aku yang kemaskinikan *kantoi harap beliau tidak membaca entry ini*. Bagaimana kami berhubung? Mesej perkara penting sahaja. Itu untuk bahagian aku. Sebab mesej dari tempat aku - Malaysia sedikit mahal. Tapi, dia akan hantar mesej selamat malam pada aku tiap-tiap malam sebab dia hantar ke nombor Malaysia aku, murah. 1 Sen sahaja. Bagaimana dia tahu keadaan aku? Melalui facebook aku. Itu pun jarang dia online facebook. Jadi, bagaimana dia cuba stalk aku? Dia bijak. Dia guna taktik Do's nombor 2, cuma kali ini, kawan dia yang bersahabat dengan aku, dan dia stalk aku dari Facebook sahabat dia. Sekarang aku sudah diactivate facebook. Aku tak topup. Bagaimana kami manage? Jom tengok Do's nombor 4

4. Percaya dan sabar
Kepercayaan dan kesabaranadalah sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Tak kira lah perhubungan jarak dekat ataupun jarak jauh. Tak kisah la korang dah kahwin ataupun tidak. Cuma perhubungan jarak jauh ini memerlukan kepercayaan dan kesabaran yang sangat tinggi. Aku ulang. SANGAT TINGGI. Kalau kau rasa kau tak mampu, jangan teruskan. Kau akan makan diri. Tapi kalau kau betul percaya, sabar,teruskan. Dia mungkin teman kau di syurga kelak. InsyaAllah. Bagaimana nak pastikan kita boleh percaya dia atau tidak. Mudah. Allah katakan, apabila perlu buat pilihan, buat apa? Pandai anak-anak sekalian. Istikharah adalah jalan terbaik. Aku tak perlu nyanyikan lagu Istikharah Cinta nyanyian Sigma bukan?

5. Jujur dan persefahaman
Do's yang kelima ini mempengaruhi do's yang keempat. Jangan takut untuk jujur. Walaupun pahit. Jangan simpan perasaan. Apa guna Allah sediakan pasangan kalau bukan salah satu fungsinya adalah untuk menjadi bahu ketiga kita. Eh, yang belum berkahwin, jangan kau gatal-gatal letak tangan atau apa sahaja lapisan kulit kau pada bahu kekasih kau. Berdosa. Tapi tak salah kan bercerita. Sedikit sebanyak kurang lah bebanan itu. 
Tapi, sebaik-baik tempat mengadu itu Allah. Percaya aku, kau cerita A-Z pada Dia, kau akan puas.

6. Ingat tarikh-tarikh penting
Nama lagi tarikh penting. Haruslah orang yang special tu merajuk kalau kau tak ingat hari lahirnya. Dan jangan lupa juga peristiwa manis yang kau berdua lalui sama-sama. Pasti kau senyum sendiri bila bayangkan gaya dia bercerita tentang kenangan indah kau berdua. Macam aku, kami selalu tujukan lagu, raikan ulangtahun bulanan walau sekadar ucapan pendek, itu sudah cukup.

7. Doa dan tawakkal
Ini adalah apa yang orang kata "wrapper" kepada segala usaha yang telah kau lakukan seperti di atas. Doa, solat hajat minta Allah jaga si dia untuk kita. InsyaAllah kalau dah jodoh, tak lari gunung di kejar. Yang penting, kita kena berusaha. Selepas berusaha, kita tawakkal, mudah-mudahan, segala usaha kita Allah nampak.

Setiap perkara mesti ada do's and don'ts. Termasuk lah dalam LDR ni, banyak benda yang kita perlu buat dan banyak juga benda yang kita tak patut buat. 

Don'ts

1. Cemburu buta
Ini bahaya. Paling bahaya. Silap hari bulan perang dunia yang ke berapa entah akan meletus. Ok. Cemburu tak apa. Jangan cembura mengkhinzir buta. Nampak si perempuan berbalas komen dengan kawan lelaki, terus merajuk tak nak kawan dua hari. Most of the time, perasaan cemburu adalah punca daripada kekurangan perasaan percaya kepada pasangan masing-masing. Dengan kata lain, perasaan insecure.
Seperti yang kita tahu, cemburu kan tanda sayang. Tapi jangan lah lebih had. Perempuan rimas lelaki kuat cemburu tau. Aku tak tipu.

2. Terlalu berharap.
Ini juga bahaya bagi yang belum kahwin. Sepetutnya, anda yang belum kahwin perlu lah play it cool. Biasa-biasa sahaja. Jangan terlampau take for granted. Sentiasa bersedia untuk kehilangan. Tapi jangan lupa untuk bina tembok kesabaran dan kesetiaan antara both of you guys. And then tawakkal lah agar Allah beri yang terbaik buat kau berdua. Dan moga-moga, korang cepat kahwin. Dengan kata lain, kau tak kan tertekan sangat kalau takdir berkata yang dia adalah bukan untuk kau. *Don'ts ini boleh diaplikasi juga untuk SDR*

3. Berahsia dan berbohong.
Rujuk semula Do's nombor 5. Apa yang kau akan dapat kalau kau tetap ingkar arahan Don'ts ini? Sakit. Percaya cakap aku. Sakit dia lebih sakit dari pisau terhiris dekat tangan. Jangan berahsia, jangan berbohong. Kalau anda dah berubah hati, bagi tahu dia. Jangan buat dia tergantung tak bertali. Setiap benda boleh diubah. Perasaan boleh dipupuk. Setiap masalah ada jalan pelenyelesaiannya.

4. Percaya khabar angin
Ramai je orang yang benci dengan diri kau. Well, the fact is setiap orang memang akan ada haters yang tersendiri. Tak ada punya lah orang yang tak ada haters. Dan haters tu pulak, memang mustahillah nak duduk diam. So, apa yang dieorang buat? Dieorang akan buat apa je untuk merosakkan hubungan korang berdua termasukkalah menyebarkan fitnah. So, bila dapat sesuatu berita kurang enak tentang kekasih kau tu, siasat. Jangan terus serang. Kadang-kadang ada orang mahu jadi batu api. Manusia zaman sekarang, sukar ditafsir.

5. Curang
Mentang-mentang kekasih kau jauh di mata, kau pasang lain. Kalau kau rasa kau tak boleh setia, lepaskan dia. Jangan gantung dan buat don'ts nombor 3. Berterus terang lebih kurang sakitnya daripada kau berbohong.

6. Fikir negatif
Bila kita rasa insecure, kita akan start berfikiran secara negatif. Kita sering disogok yang LDR takkan pernah menjadi. Mereka tipu. Ada yang LDR dan berkahwin dan sekarang anak dah empat. Kau kena positif dalam apa sahaja yang kau laukan. LDR  atau apa sahaja akan berhasil kalau kau tahu cara mengendalikannya

7. Lupa berdoa.
Allah tahu apa yang terbaik. Jadi doa minta Allah satukan kau berdua walau susah macam mana pun dugaan yang kau orang terpaksa hadapi. Allah duga kau sebab Dia sayang, sebab Dia tahu tahap mana kemampuan kau bertahan.

Aku rasa cukup sudah 7 Do's and Don'ts untuk LDR ini.

Tak semestinya apa yang aku katakan ini betul. Ini adalah bicara melalui pengalaman. Kalau suka, kau boleh ambil, kalau tak lupakan. Allah juga yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Aku bukan berbangga dengan kisah aku, cuma aku ingin membantu mereka yang juga dalam situasi sama dengan aku. Aku juga pernah merasa jatuh dalam LDR tapi jangan takut untuk bangun kalau kau percaya dia yang akan dapat bimbing kau jadi ketua bidadari syurga nanti. Setiap cerita kehidupan ada pahit dan manis bukan?

Itu sahaja kot. Terima kasih kerana sudi membaca :)
*************************

Aku rasa, ini lah antara email yang paling baik yang aku pernah terima. Sampaikan, aku pun baca untuk mennambah ilmu aku yang tak seberapa ni. And apa pun, ingin aku tegaskan yang tak salah kalau kita kahwin muda dan kahwin semasa belajar kalau kita pandai manage diri kita. Kan?

Semoga kita semua cepat sampai jodoh. And tak buat LDR lama-lama.