Ahad, 3 Julai 2011

Bila Blogger Terlalu Pentingkan Page View Melalui "Read More" dan 1 Page, 1 Post.

Assalamualaikum


Hello bloggers and readers sekalian.

Ada orang tanya aku:

"Macam mana jenis blog yang kau suka baca, Mr K?"

Well, aku tak tahu macam mana nak kasi jawapan untuk soalan tu. Apa pun, aku suka blog yang kemas. Blog yang kemas then kalau entry yang tak brapa yang nak best pun akan rasa melekat. Cuba korang bayangkan. Entry-entry blog yang korang tengah lepak tu adalah biasa-biasa je. Tapi bila korang masuk blog dia, korang rasa tenang. Rasa relax je. Iklan yang besar-besar kat sidebar kanan pun tak ada *Terasa*. Mesti rasa nak stay on that blog je kan? Lagi pun, teens bukannya nak tahu sangat pasal isu-isu sesuatu benda. Dieorang just nak habiskan masa sebab for some people, blog walking adalah fun.

Then lagi satu aku suka kalau bila baca blog orang tu ialah entry dia bukan copy paste semata-mata. Benda-benda yang di copy paste kalau benda yang betul tak apa gak. Ni tak, yang salah. Tan Sri Jin Samsudin mati lah apa lah, itu lah ini lah. So, dari ada niat nak link, terus jadi tak ada.

Satu page hanya ada satu blog post (entry).


Dan semasa nak cari blog-blog yang best untuk di link kan, aku jumpa satu phenomena yang membuatkan aku rasa malas gila nak blog walking. Which is aku perasan ramai gila yang setkan homepage blog untuk satu entry per page. Maksud aku, bila korang buka blog A, page depan dia hanya ada satu entry je. Then bila pergi ke page ke dua pun sama. Ya bilangan post di setiap page boleh di set kan.

So, korang tahu tak apa yang aku rasa bila aku nak blog walking tetapi nampak phenomena ni? Yes, gila la tension nak baca setiap entry di blog dia. Dan bukan sikit tau buat macam ni. Ramai gila. Aku tak pasti kenapa ramai nak buat satu entry per page. Mungkin sebab nak tingkatkan Page Views (PV). Tapi mcm mana nak tingkatkan PV kalau bila orang buka your first page, then terus blah bila nampak the only entry yang ada tu tak menarik?

Fact :
  1. Reader masuk blog korang. 
  2. Nampak your latest and THE ONLY post tu. 
  3. Dia rasa post tu tak menarik. 
  4. Scroll kebawah, tengok-tengok tak ada entri lain.
  5. Dia terus dia blah.

For example, semalam korang tulis entry yang amat best. Gila punya best. Then hari ni korang tulis entry yang amat membosankan. But then di sebabkan korang dah setkan satu entry untuk satu page, pembaca hanya akan nampak your boring entry. (Since entry yang gila best tu berada di page ke dua). Then dia akan judge entry korang based on apa yang deiorang tengok di first page. Why? Because they got no other options right on their sight.


Tapi, tapi andai kata korang ada 5 atau lebih entry per page, kemungkinan dieorang tertarik kat your blog adalah lebih tinggi. Contohnya, entry paling latest korang tu membosankan gila  Tetapi entry ke dua latest korang adalah best. So, bila pembaca tengok your latest entry tu membosankan, sure pembaca akan scroll ke bawah untuk baca next entry kan? Penilaian dia terhadap your blog mungkin akan berubah. Tapi bila anda buat an entry per page, macam mana dia nak tengok entry kedua selain dari klik "Older Post?" Wait, siapa yang nak pergi ke next page kalau first impression dia terhadap your blog dah jatuh? Kalau korang bukak home page then tengok entry tu membosan kan, rajin ke korang nak klik ke older page? Hell... Wait for it.. Wait for it.. NO. HELL NO.


Eh, tak apa saya rajin kelik "Older Post" dan "Older Page"
Okay fine. ANDAIKATA lah pembaca korang rajin untuk klik ke older entry (Which is I don't think so). But then, adakah ianya convenience? Nak baca 1 post, kena klik older page. Then nak baca lagi, kena klik lagi "Older Post". Di tambah pulak dengan internet slow. Siapa yang akan melekat kat your blog beb? Tu belum kira kalau owner blog tu letak fungsi "Read more...". Aku agak tak suka bab-bab read more ni. Kalau read more tu diletakkan sebab kat home page sebab blog tu ada banyak entry tak apa la gak. Well, itu cara terbaik untuk ringan kan blog. Tapi kalau dah 1 entry untuk 1 page, then nak gak letak "Read more..." semata-mata nak naikkan page view, memang cari pasal ah. Tu belum kira tambah bab satu entri satu page yang aku cakapkan tadi. Comfirm-comfirm pembaca lari kalau macam tu. Aku pun stress bila baca.


Blog aku pun, kalau boleh aku nak letak 8 entry per page. Kalau dulu aku buat dalam 7 entry per page. Then turun ke 5. Then 4. Then 3. Why? Sebab orang complain blog aku berat. Blog aku berat bukan sebab iklan (No, im not gonna take out the iklan from my blog). Tapi sebab gambar dan blog list yang memang berjela. Aku tak sure betul atau tak blog list memberatkan. Sebab bila letak blog list, banyak bandwith akan digunakan untuk baca dan tarik feed tajuk entry yang di link kan. Dan gambar pulak, andai kata aku letak gambar yang high quality, memang berat lah sebab 1 gambar dah dekat 500kb. Kadang-kadang aku letak gambar yang high quality. Lagi lah berat.

So yeah, gunakan fungsi "Read more..." hanya untuk ringankan blog atau membuatkan ianya nampak kemas. Jangan nak gunakan fungsi ni hanya semata-mana korang nak cari page view. PV yang tinggi melampau tak akan membuatkan anda kaya kalau Unique Visitor anda rendah. Dan jangan set kan satu entry per satu page.

Actually, aku pun kalau boleh nak gak guna "Read more..." ni. Tapi kalau aku jadi pembaca yang suka baca banyak post sekali gus, mesti aku akan rasa macam malas gila nak baca bila aku nak-tak nak kena klik "Read more..." dan buka new tab bertimbun-timbun.

Expect the unexpected.



114 ulasan:

  1. agak panas entry ni... buat saya rasa nak berkipas kipas walaupun duduk kat bilik ber'aircond'..

    tapi honestly, memang betul pon.. saya pon tak suka nak belek2 older post.. dapat pulak blog yang berat.. memang takkan jejak blog tu dah.. :D

    *mengata diri sendiri sebenarnya ;)

    BalasPadam
  2. aku letak 2 post per page, tak ok ke Mr K? Nanti aku tambah lah..thanx a lot Mr K!

    BalasPadam
  3. btul tu. bila ada 1 entri je kt homepage rasa mls nk tengok yg sebelumnya. n, xpyhla letak read more ye... xbrp suka

    BalasPadam
  4. tak suka read more.malas aku nak klik. nk tggu loading lg..leceh la

    BalasPadam
  5. 100 percent , setuju ! kalu ade readmore memng terus ' X ' tab je terus . . huhu ^^

    BalasPadam
  6. heiheihei aku sukalah entry ni. janganlah blog berat sebab perkakas yang tak penting. semak tahu~

    kalau 1 post je per page mmg macam pentingkan sangat jumlah pageview dia alahai.

    blog mr.k mana ada berat. aku pakai brukben elok je view. hehehe.

    BalasPadam
  7. tak suka read more.. dan tak suka dengan entry copy paste semata-mata nak pv.. oopss... i'm just a newbie;;;

    BalasPadam
  8. thanks for sharing (:

    BalasPadam
  9. erk..terase aku.huuu.*smbil cpt2 tkr setting one post one page*

    BalasPadam
  10. dulu aku buat la juga "read more".. tapi sejak akhir2 ni tak buat dah... hehehe!!~

    salam Julai mr. Kay :)




    ^^

    BalasPadam
  11. sejak akhir2 ni ko rajin update blog ea.. bagos2.. :)

    BalasPadam
  12. okay.fineee.terasa !

    HAHA


    dah set 5 post per page.hee


    sila datang lagi :)

    BalasPadam
  13. HEHE. NICE ENTRY :) FOR ME, I CHOSE TO MAKE AN ENTRY PER PAGE, BCUZ AGAK MBERATKAN BELOG, KALU SKALI TEKAN LINK BLOG I, THEN TBUKAK SEGALA KHAZANAH YG LAMA2. AND MGKIN THE READERS, SPANTAS KILAT MNEKAN BUTANG X. TAK SGUP NK TGU LAMA SGT LODING =.=" I GUESS, KALAU NK TGOK ENTRY LAMA N BEST, WAT JELAH WIDGET ENTRY KAT SBLH TUH. SNANG KAN? TP I TAK BUAT. SBB TAK GETI KEKKEEKE ;P

    BalasPadam
  14. Couldn't agree more. Sangatlah betul.

    BalasPadam
  15. At last, you tulis jugak pasal one blog post, one page. -.- been waiting for this crap..

    BalasPadam
  16. thats true mr. K
    bnyk gak tgk blog cam tu
    mmg alamatnya x berkenan la di hati nk teruskan mmbaca..

    :)

    BalasPadam
  17. kalau letak 1 post per page pun make sure lah ada gadget "archive" or "arkib" as in this blog >> The other past tu sebabnya guna archive lg senang nak baca.

    contohnya org yg first time masuk blog ni, dia akan cari archive utk baca entri pertama which is 2009, april. takpun dia nak baca post bulan june je, so dia klik june, n semua post keluar.

    kan lagi senang cemtu. that is my way of reading blog lah kan. so gadget archive adalah yg plg penting. kbai. :)

    BalasPadam
  18. ehem MR K , super duperrr agreedddd lah :)

    BalasPadam
  19. memang betul tu kata MR.K ,kekadang yang ada readmore terus rasa malas lah nak klik klik bagai. tu jadi malas nak baca entry orang orang tu. bukan sebab pe. dah la nak tunggu blog loading. pastu kena klik readmore. makan masa lama plak kat situ kan...

    saya suka pandangan MR.K. oh yeah oh yeah! blog MR.K pun suka sangat! ;)

    BalasPadam
  20. lagi satu cara senang nak baca blog, tambah "view" kat belakang.

    contohnya http://theotherkhairul.blogspot.com/view

    heeee. kbai kali kedua :P

    BalasPadam
  21. setuju sgt.. haha.. tension giler baca yg ada read more n yg set one page one post..

    BalasPadam
  22. comel je kak mili ni :)
    anyway..setuju bangat..we have the same wavelength!

    BalasPadam
  23. adalah sangat stress masuk blog orang then nak baca blog dia ada read more or one entry only per page.

    just be plain and simple.

    BalasPadam
  24. Good entry..Hahaha..sokong sgt sgt..aku suke gile ade jugak org yg tulis psl ni..hehehe.. X suke read more and x suke 1 entry 1 page. Gile kede.. bile nampak blog mcm tu mmg terus blah dr situ. nak follow pun malehhh..hehhe..

    BalasPadam
  25. hurmmm btol jugak tu eh...thanx bro...penah sekali la wat cmtu....tapi now, tak da...heeeee =)

    BalasPadam
  26. sebab suka tepek gambar banyak banyak, 3 entries per page jadik lah.

    BalasPadam
  27. aisehh awalnya cik mili komenn..haha..btw..i agree with you,aku pun mlas gila2 nak klik2 older post older page ni,kalau boleh biar smua entri ada kat page pertama,lgi bess

    BalasPadam
  28. stuju gila ! bosan kot nak kena tekan2 banyak kali..jadi tension..org baca blog nak relax2kan minda.satu lagi..kalo page dia tu terlalu 'comel' sampai aku dah xnampak mana button comment bagai tu .memang demm ah ! =..='

    BalasPadam
  29. Sy letak 5 entri dlm 1 page...tapi semua pun mcm lebih kurang je..mcm kurengg je..huhuebih kurang je..mcm kurengg je..huhu

    BalasPadam
  30. In a way, true.Orang akan start malas nak baca something bila ada Read More.Tapi, untuk buat sesuatu blog to tenang and kemas, kadang-kadang lain orang, lain taste dia. Ada orang yang menyampah gila nak view blog perempuan yang suka buat gambar kartoon comel2 and kaler pink (terasa) and ada yang rasa lagi syok.
    So, as you said, only I'll rephase it , "Life Is Unexpected".

    BalasPadam
  31. blog aku plain je.
    tulis pun mendatar je.
    tu je aku nak komplen pasal blog aku.
    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  32. setuju,..sy kurang suke pergi blog yg berserabut..:)anyway this my 1st time visiting ur blog

    BalasPadam
  33. 100% setuju. kadang2 tgh syok baca, nampak read more, terus hilang mood nak baca. sama jugak dgn 1 entry 1 page. terus pangkah. haha!

    BalasPadam
  34. aku letak 5 slamber je haha..lagi pun tamplate xleh nk buat read more.arghh, tensen

    BalasPadam
  35. dulu buat 10 entry per pages. tapi ada orang komplen, maka saya kurangkan ke 6 entry per pages..xde komplen lagi setakat ini...=)

    BalasPadam
  36. okeh, blog aku mmg ada ciri2 yg ko SUKA, dont worry... kih3

    BalasPadam
  37. yup..mmg btl pun..huhu..setuju sume sekali..

    BalasPadam
  38. betul...setuju gile...hmm btw aku punya 2 entry per page...agak2 ok tak?...kena tambah sikit lagi ni...jadikan 4...

    BalasPadam
  39. yup. sangat setuju.
    i read more than write.
    menyampah gila dengan read more2 nih.

    BalasPadam
  40. setuju jugak...
    lately salu gak blogwalking..
    pastu kalo yg 1 entry 1 page..mmg x klik la older post...
    pastu yg read more pon sama..
    hahaha...paling xsuka xleh klik kanan...right klik tu utk sngkan g page2 lain..cth open a new tab ke..senang sket...payah la kalo disable right klik..huhu

    BalasPadam
  41. Saya antara blogger yang letak 1 entry dalam 1 page.

    dan selepas baca entry awak ni, sy setuju juga. sy tak suka juga tekan older post, apetah lagi read more, mmg sy takkan tekan lah kann.

    terima kasih, kerana dah menyedarkan saya dan entry ni agak panas tetapi sangat menarik ! :)

    BalasPadam
  42. gud..
    visit mine n plz judge
    http://alyasyaqiera.blogspot.com/2011/06/like-like-like.html
    TQ~

    BalasPadam
  43. aku paling tak suka blog org letak 'read more'. sumpah memang aku takkan baca. singgah, tinggalkan jejak blek, pastu aku blah. sbb aku malas gila nak bukak 'read more'.

    BalasPadam
  44. aku pun malas betul nak baca blog yg ada read more. baik2 nak baca pasal entri menarik tetiba terbantut psl ada readmore tuuu. huh!

    BalasPadam
  45. sayalah yang paling anti dengan belog yg gune konsep read more..memang terus babi la..;p

    BalasPadam
  46. aku letak 3entry per page, sebab aku nya entri boleh kata sedang-sedang la. takde lah berjela, tapi takde lah baca satu menet pun habeh.

    aku sokong hundred and one percent ape kau cakap. mili punya idea pun betul. oleh sebab aku letak 3entri/page, aku letak sekali archive.

    dannnn..! AKU TAKSUKA READ MORE LEPAS TU TAK BOLEH RIGHT CLICK.

    memang sepantas kilat aku tekan button X.

    aku siriyes alergik ngan READ MORE. tapi laaaaaaaaaaaagi alegik ngan DISABLE RIGHT CLICK. hangin je gua!

    BalasPadam
  47. setuju seribu 1000%...

    kalau blog tu best gila2 pon bila kne tekan older post tu, sgt la xsuke, lg2 klu laptop xbrape nk laju, dpt plak blog berat, lg satu boh lagu, dok bape kali la lagu tu nk ulang sbb kne tkn older page tu..pening kot..;p

    (pdehal seniri pny xbgs mne komplen lebih plakk)

    BalasPadam
  48. nak tambah lagi boleh? aku TAKSUKA orang copy paste, pehtu jadi satu entri baru.

    bagi aku la, aku suka bila aku jumpa something, atau baca something, aku tak suka directly copy paste jadi satu entri baru.

    aku lagi suka link kan aje, dan aku ulas balik ape yang aku jumpa tu, dari my point of view.

    sekian. sori. tertokok tambah pulak. T__T

    BalasPadam
  49. @Fasihah - Okay dah. Tapi lagi banyak lagi bagus as long tak memberatkan.

    @Bella - Salam julai.

    @Anonymous - Nak cari duit bai.

    @Syazana - Sure.

    @Ferra - Dah check your blog. Your blog guna default style template. So, kalau letak 4 entry pun tak akan memberatkan.

    @Milimilo - Tapi adalah itu convenience my dear? ;) Dan itu belum kira bab "Read more".

    @Farah - Kalau nak buat kemas dan ringan, try tengok sini "Reviewfilem.com"

    BalasPadam
  50. tak nampak pro wat gitu.. semua orang ada pendapat masing2.. pageviews dgn UV mane lagi best?..hehe

    Trending -
    Tip Blogging Terbaik

    BalasPadam
  51. untunglah sy xde read more :D

    BalasPadam
  52. http://agirlcallednas.blogspot.com/


    aku suka baca ni. aku rasa ni antara blog yg kau kena letak dekat side bar. seryes :)

    BalasPadam
  53. saya ada dua entri kat depam, ok x?hehe bkn apa, tkt ada komplen loading lembabbbb..hehe


    sy pun xsuka yg ada readmore..

    BalasPadam
  54. setuju seratus sepuluh peratus. jangan la letak read more and 1 page only 1 post. terbantut nak baca blog dia. Kalau blog ringan tak apa. Ini dengan lagunya lah. Iklan bederet2. Pastu ada pop up lagi laa. Snow snow la. Mereka yang line slow tu memang akan terus pangkah jer la. Sama je la mcm aku. Ni aku duk kutuk blog orang. Blog aku pun mcam bagus sangattt. HAHA

    BalasPadam
  55. nice one Mr K. gua buat 5 entry per page untuk blog gua. he he. tapi macam berat la pulak nak bukak blog bila 5 entry nak keluar, lagi lagi bila entry yang banyak gambar. btw, thanks untuk nasihat ini.

    *blog yang kemas itu memang penting. he he.

    BalasPadam
  56. betul tu.. 1 post 1 entri xkerkenan tul aku. dah la line tenet slow. aku bertenet pon laju!

    BalasPadam
  57. cis. terasa jugak wa macam ni. hahaha tp wa tak peduli lansung pasal page view watsoever bla bla bla...cuma nak nmpk kn blog kemas. 2 entry per page ok lah kot..ye dak..haihh

    BalasPadam
  58. pastu pic yg diaorg ltk kat blog pon maen prnn kot..nmpk simple en vintage..stuju gak psl 1 entry tue..mcmla time blogwalking tu, org rajin sgt nk klik view older post..

    BalasPadam
  59. Ok... Am I the only person here who has no problem with blogs yg ada "Read More"?

    But, 1 page 1 post isn't ok if berturut-turut entry tak best dibaca.

    BalasPadam
  60. Mr K, dah lama aku follow cerita kau. tapi entry kali ni baru buat aku nak jadi follower hang. hehe..menarik

    Meh datang blog aku and komen sikit. Tapi aku jenis tak fokus satu cerita je tau. Tak tau la kau minat ke tak

    Menarik di SuaraSendiri
    Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

    Undi disini
    Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

    BalasPadam
  61. setuju! aku paling tak suka ada read more bagai ni.. Entry dah best tp sebab loading lama,jd bosan la kan..

    BalasPadam
  62. tak paham kenapa nak letak satu post je, kalo tak best memang tak lah nak datang blog tuh lagi.

    BalasPadam
  63. Read more .. banyak membantu meringankan speed loading blog :D

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  64. lepas baca entri neh
    aku rasa macam nk letak semua post dalam satu page.

    senang sket kan

    kahkahkah

    BalasPadam
  65. aku paling benci klau bace blog org xletak Read more... da la ayat berjela-jela,gmbar pun xmenarik..nk tgk entry sblm nye kne scroll bawah smpai lebam baru jmpe entry...
    wooootttt~

    BalasPadam
  66. yeah, 1 entry 1 page sucks -_-

    BalasPadam
  67. akhirnya. ada gak orang faham perasaan aku!

    aku dah jumpa banyak blog yang macamni. yang sikit2 read more. pastu one post per page. yang peliknya banyak pulak follower berbelas riban, korang tak rasa boring ke? aku nak klik satu2 post pun payah. kadang2 post bukan best sangat, cuma femes je lebih.


    nak2 lagi kalau connection lembab, memang takde ah aku nak klik macam2 segala.



    cuba tengok blog aku. kalau boleh semua entry nak letak dalam satu page.


    macamlah orang nak bace pulak kan, fine --"

    BalasPadam
  68. panas ni entri bro, KA setuju dengan entri ni...

    boleh katakan 80% betul la bro KA sendiri pun perasan... :)

    BalasPadam
  69. setuju setuju! sebab tu lah aku letak home page aku sampai 6. hahah. sbb bukan selalu entry aku menarik so entry2 menarik yg lepas kononnya mungkin dpt buat org terpikat lg nk baca bukan teruskan tinggal kan blog aku... wuuu wuwuwuuw.. mencabar. aku baru 5 bulan..

    sila beri tunjuk ajar.

    http://nameeroslan.blogspot.com/

    BalasPadam
  70. yeah...kita sependapat!!faktor2 yang mnyebabkan saya blogwalking sebab tuh la....mmg xp dh blog tuh...

    BalasPadam
  71. hai..salam ziarah..
    opah setuju gak mcam nie..Opah paling tak suke nak bace readmore punyer entry..aduhai..

    :)

    BalasPadam
  72. tak kisah lah benda alah tu read more atau die letak berapa banyak post 1 page.. yg penting blog manusia tu kena ade blog archieve. dan kotak nak search. aku suka blog yang ada dua bnda ni.. senang gila nak baca.

    kau buat entry best2.. kreatif kau ye khairul :)

    BalasPadam
  73. yela.. lepas baca entry ni, rasa terbukak mata jap nak ubah setting 3 page dekat homepage..b4 ni buat satu..tp pikir2 balik, bkn stiap entry yg kt publish tu boleh tackle reader..so klu buat satu je, n kebetulan that entry mcm sampah, mesti reader taknak dtg lg kot..padahal entry2 lama ada je yg best..haha..so be smart laaa

    BalasPadam
  74. betul juga, saya pun kurang suka baca blog yang set satu entry kat homepage..bukan blog dia jer yang kita nak tengok..he he tak kuasa nak click older post setiapkali nk baca entry sebelumnya melainkan ianya betul2 menarik..

    BalasPadam
  75. btol3x...sokong 100%..

    nampak blog ada 'read more' terus close blog tu..

    malas nk klik byk kali...

    BalasPadam
  76. sangat sokong. especially NAK KENE TEKAN READMORE TU. sumpah benci. blog yg ade entry setiap page pun menyumbang kepada kebosanan reader nk tekan older post.

    BalasPadam
  77. aku hangin kalau baca blog yang ada energy saving mode. kejadahan? baru tak gerak cursor 1 min dah gelap. PFFT!

    BalasPadam
  78. nice one. alami benda yg sama everytime blogwalking!

    BalasPadam
  79. thankz mr.k.... tips yang menarik....

    BalasPadam
  80. luckily, mine is ok. menepati apa yang anda khabarkan di entry ini. saya suka blog saya simple. sekian noktah.

    BalasPadam
  81. Can't argue on this,Mr.K.
    We have same opinion ;)

    BalasPadam
  82. setuju sangattttttttt!!!
    kite tak suke la nak klik read more tu.
    lecehhhhhh tau tak?? grrrrrrr

    BalasPadam
  83. haha sooo true. i mmg dh lame nk komplain psl bnde nie naseb bek u ckp. n xyahla ltk read more eh mr k. cz rimas nk kena tekan2 lg. cmnie dh kemas sgt : )

    BalasPadam
  84. btul2..agak tnsion bla dh baca 1 post, nk tgk lain,,pos lain tu xde

    BalasPadam
  85. kenapa bila aku bca komen kat post ko, semuanya mesti nak mengampu ko?

    get a life!

    BalasPadam
  86. hye mr.k.

    hmm.to be honest.
    ni 1st time aku baca blog ko and rasa mcm suhu badan tu naik sikitlah.
    before this bila baca entry ko, aku asyik sengih-sengih je. :)

    entahlah.entry ni. kinda mcm sinis smcm.

    aku pun setkan blog aku, satu page, satu entry.
    and im not doing that, for da reason utk increasekan page view.
    langsung tak pernah terpk pun benda tu.

    aku jenis suka tulis entry panjang berjela. and dgn segala bagai widget yg ada kat blog aku tu, buatkan page aku jd lg berjela-jela-jela. *that's my choice.sama mcm bila ko taknak buang iklan tu kan.
    so kalau letak byk byk post per page, boleh imagine rite?

    see.kt sini pun aku komen panjang berjela jugak.
    just my personal thoughts.
    bukan dtg nak cari gado pun.haha
    my point = tak agree bila mr k ckp those blogger yg ltk satu entry per page tu, utk naikkan page view.


    aku pun tak harapkan org singgah blog aku.

    BalasPadam
  87. kak aya sangat lah setuju , malaslah nak klik pd older post...kalau boleh nak baca terus je 4,5 post.

    BalasPadam
  88. aku kena letak read more sebab gambar dalam blog aku banyak sangat.eh,try kutuk blog aku Mr K. mesti ko speechless..haha

    http://airaniezlife.blogspot.com/

    (Tiba2 mencapub kat sini.haha)

    BalasPadam
  89. Tia just setuju dengan read more tu . tapi pasal entri yang nak kena letak sampai 7-8 dekat homepage tu tak setuju .

    apa gunanya blog archieve ? ada sesetengah blogger baca tajuk entri dulu . kalau tajuk entri pun dah gempak , comfirm dorang akan klik dekat blog archieve tu .

    lagipun , 2-3 entri pada homepage cukuplah . kalau banyak2 boleh jadi blog akan berat ..

    cuma pandangan Tia ;)

    BalasPadam
  90. sy lyn je mane2 kalu entry tu sedp

    BalasPadam
  91. Terasa bhaii! Hhaha , btw blog saya letak 1 post per page bukan sebab nak pentingkan page view, cuma nak singkatkan blog tu jeee! Hhihi, btw entry nie mmg bagos and buad saya sedar, Hhaha , kayy nak setting skrg (:

    BalasPadam
  92. aku suka blog yg cerita ttg lawak2...biar aku happy.hehehe

    BalasPadam
  93. betul la..kekadang aku pun boring giler kalau ade buat macam tu...
    dolu2, aku nak gak buat read more tu untk nmpk kemas,tpi tetiba malas pulak..hahaha

    BalasPadam
  94. ohh, ingatkan i sorang je yang fikir mcm ni.
    yes, i dont like "read more" and 1 page 1 post trend

    BalasPadam
  95. agak arr , tension gila kott . haha then off , bye2 . lalala

    BalasPadam
  96. oOoo.. ye eyh..I set 10 post 1 page teros...hahaha..

    BalasPadam
  97. yelah biasanya dorang buat satu entry unt satu page tuh sebab tulah nak bagi ringan blog...tapi memang betul...bosan kalau nak tau selanjutnya kne older post je...malas lah

    BalasPadam
  98. bgs info dalam menulis blog nie..sy menghadapi masalah tentang post..walau saya dh setting post untuk first page tu 10 tapi tetap kuar satu jer..mcm mana nk buat dia jd 10 yer..harap dapat bantu saya

    BalasPadam
  99. bgs info anda..boleh sy tau mcm mana sy nk post lebih dari 1 post kat mainpage.sy dh settting 10 utk post dimainpage tp tetap keluar 1 jgk..harap dapat bantu sy.terima kasih

    BalasPadam

Pilih. Nyawa atau comment? Good. Tulis elok-elok.