Jumaat, 1 Oktober 2021

PN, PH atau BN? Soal-Jawab Semua Soalan Berkaitan PRU15 Untuk Pengundi Kali Pertama.

Assalamualaikum w.b.t


PRU / GE kembali lagi dan kita semua sesama sendiri tetap bergaduh bertengkaran saban hari mem-backup ahli politik yang tak pernah tahu pun kewujudan kita. 

Aku sebenarnya tak nak buat post ni. Sebab politik adalah sesuatu yang amat susah nak dijangka. Setiap ahli politik ada interest dan ada Master yang dia perlu follow. 

Tapi at the same time, aku terima banyak soalan especially di twitter dan curiouscat, dan aku cuba sedapa upaya untuk menjadi adil ketika menhawav (walaupun amat-amat-amat-amat sukar). Why?

Sebab ahli politik akan lakukan apa sahaja demi mendapatkan undi dan menang PRU. Kalau perlu tipu, tipu. Kalau perlu reka cerita, reka. Semuanya demi kemewahan hidup duniawi selama 5 tahun. 

Soalan 1
Aku tak tahu nak undi siapa PRU ni. Ada tips tak?
Di Malaysia sekarang hanya ada 3 gugusan besar yang "sesuai" diundi. Kalau mengundi parti lain, tak ada point. Kenapa? Sebab mereka tak akan menang undi anda hanyalah pemecah undi.

3 Gugusan sesuai untuk diundi tersebut adalah:
  1. Perikatan Nasional. (PN - PAS + Bersatu (ex PH))
  2. Pakatan Harapan. (PH - PKR + MUDA + DAP)
  3. Barisan Nasional (BN - UMNO + MCA + MIC)


Aku tak pasti korang perasan ke tak. Tapi BN/UMNO, PAS dan Bersatu bergabung di Sabah. 


Tapi seriously.  kalau anda bawah umur 30 tahun anda cukup cerdik untuk terdedah dengan infomasi dunia agar tidak mengundi Barisan Nasional. There are tooo much bukti hidup terhadap penipuan,  penyelewengan yang dilakukan oleh warga BN. (Ini PRU ke 3 aku. Kali pertama aku mengundi, aku undi BN. Jadi aku tahu)

Jadi kalau tak boleh undi  BN, saya patut undi PH atau PN?
Itu bergantung pada pendedahan masing-masing samaada nak undi PH atau PN. . 

Kalau anda terdedah dengan dunia mengatakan Anwar Ibrahim ahli LGBT, agent freemason, agen illuminati, agen yahudi, agen cockoo dan anti Islam, anda mungkin akan mengundi PN. 

Kalau anda terdedah dengan social media dan yakin Ahli Tertinggi PAS dan Bersatu banyak rasuah sebab itu mereka tak berani declare harta seperti Rafizi dan ahli PKR lain, anda mungkin akan undi PH. 

Dan yang paling mudah, kalau tak pasti, anda boleh  undi PN untuk DUN dan undi PH untuk parlimen. Kenapa? Sebab kebanyakan ahli tertinggi Perikatan Nasional (PN) banyak kerja di DUN dan tak masuk bersidang di Parlimen. Manakala Ahli PH kerap hadiri parlimen untuk pembentangan usul dan mengundi. Win-win. Boleh rujuk sini. 



Soalan 2
Betul ke  BN akan terkubur selepas PRU15?
Agak susah kerana masih ramai yang sokong BN dari golongan  berusia dan jangan lupa dengan possibility of Gerrymandering. Kalau anda nak tahu tentang Gerrymandering, boleh refer SINI. 

Dan juga, sebelum pembubaran parlimen 2 bulan lepas, kerajaan terbentuk adalah kerajaan PN + BN. Jadi tidak mustahil PN + BN akan tetap berlaku walaupun BN kalah. Dan at the end, UMNO tetap akan memerintah seperti sebelum PRU15 ini. Welcome back and all hail PM Zahid Hamidi.

Soalan 3
Kenapa masih ramai yang undi PH walaupun PH bersama DAP?
Mereka percaya kuasa raja-raja dalam perlembagaan tetap terlindung dan DAP (serta mana-mana parti lain seperti MCA) tak mampu buat apa-apa jikalau benar mereka ingin menjatuhkan Malaysia.

PH wujud hanyalah untuk PKR mempergunakan DAP untuk dapatkan undi dari pengundi non Malay. DAP is useless without PKR & PH. 

Kalau kita tengok, incase semua kerusi yang DAP menang semua pun, mereka hanya menang 40 biji kerusi. PKR alone ada 72 dan Amanah ada 46. Dan kalau DAP keluar dari PH, tak ada parti politk akan terima mereka. Jadi mereka terdesak dan PH hanyalah harapan mereka untuk mereka hidup dalam dunia politik.

Pendekar Melayu kot. Masakan takut. 




Soalan 4. 
Tapi Pakatan Harapan pernah memerintah 22 bulan dan result dia amat teruk.
Betul. Time tu, yang mengetuai PH adalah Tun Mahathir. Sekarang adalah Anwar Ibrahim. Orang-orang yeng mengkianat PH dan pengikut Tun M dan keluar dari PH. 

Soalan 5
Kenapa masih ramai undi BN walaupun berita dan bukti penyelewengan warga tertinggi BN / UMNO telah  dinyatakan even oleh negara luar?
Orang yang undi BN ada 2 sahaja:
  1. Kemungkinan sedang dapat benefits dari BN menjadi kerajaan. (Senang dapat projects, cable banyak, etc etc)
  2. Kemungkinan pernah mendapat bakti dari BN sebelum BN menjadi seperti lubuk penyelewengan pelbagai lapisan. 

Soalan 6
Kenapa masih ada orang undi PN walaupun tahu PAS tak boleh tadbir Kelantan dan Bersatu akan mungkin akan mengkianat?
Mereka sudah tak ada pilihan lain. Di Malaysia, tak dah dah parti yang relevant.

Soalan 7
Jika PH menang dan Anwar Ibrahim jadi PM, adakah Malaysia akan jadi maju?
Kita tidak akan tahu selagi dia tidak memerintah. Tapi kita tahu apa yang akan terjadi kalau BN mengetuai negara. Dan tidak mustahil mereka akan mengetuai negara setelah bergabung dengan Perikatan Nasional sekali lagi setelah selesai PRU15 untuk membentuk kerajaan campuran seperti sebelum PRU15. 


Soalan 8
Calon DUN dan Parlimen sekarang paling banyak dalam sejarah Malaysia. Kenapa ramai berebut-rebut untuk jadi ahli DUN dan Parlimen.
Easy. Sebabnya adalah:
  1. Duit - Tak perlu explain. Pencen jawatan dalam kabinet pun dah mencecah RM100k sebulan. 
  2. Kuasa & Nama. - Penyelewengan. Sebab tu banyak kes penyelewengan berbilion setiap satu  kes.
  3. Kerja senang. Hanya perlu hadap makian.

Soalan 9.
BN memperjuangkan kestabilan negara untuk menarik pelabur luar. Kenapa kita tidak patut undi BN / UMNO?
Kestabilan ni hanyalah propaganda. Kerajaan yang ada sejak PRU 14 termasuk pimpinan Tun M, Muhiyiddin Yassin dan Ismail Sabri adalah kerajaan yang stabil.

Kerajaan yang stabil bermaksud setiap kerusi di parlimen tu tidak dimonopoli oleh sesebuah parti. Why? Supaya parlimen tidak meluluskan usul yang tak masuk akal.

Aku bagi contoh. Parti A usulkan untuk potong gaji semua orang yang tak handsome dan tak cantik. Disebabkan kerusi di parlimen tu semuanya dari Parti A  maka  usul tersebut diluluskan oleh semua ahli Parti A dan tak ada bantahan sebab parti B tak wujud. Adakah itu stabil? Kestabilah bermaksud ada check and balance. Which is ada saingan sengit supaya sesebuah parti tidak sesuka hati buat undang-undang yang memberi benefits kepada mereka. 

Nak kestabilan negara? Hentikan rasuah, hentikan pengundian usul parlimen berdasarkan parti politik. 

Propaganda BN untuk Kestabilan hanyalah propaganda semata-mata sedangkan yang rosakkan kestabilan itu adalah dari pihak sama yang juga yang melakukan Langkah Sheraton.

Soalan 10
Penting sangat ke untuk tak rasuah? Kita pun kadang-kadang rasuah adik kita.
Imagine ada pelabur dari German nak buka sebuah syarikat besar di Malaysia. Dan pada masa yang sama ada syarikat dari Brazil. Syarikat Brazil tu rasuah ahli politik Malaysia supaya dia yang boleh buka syarikat tu walaupun pelaburan dia adalah tak menarik dan tak sesuai di Malaysia. Then apa impak dia? Kerajaan Malaysia inject duit dengan menggunakan duit cukai rakyat Malaysia. Kemudian bila project tu gagal. Duit rakyat tu hangus macam tu sahaja. Yang untung adalah ahli politik yang makan rasuah sebab dapat duit cukai rakyat tersebut.

Kalau korang tak kisah bayar cukai untuk ahli politik makan bersama kroni mereka then baik korang derma je terus kat ahli politik tersebut. 




Ingat, mereka ni rasuah bukan ratusan juta ringgi tetapi total billion dalam penyelewengan. 

Soalan 10a.
Tapi dalam PH ada juga yang dikatakan rasuah. Syed Syadiq dan Lim Guang Eng adalah antaranya.
Then tangkap mereka. Undang-undang sekarang lebih telus dan tegas sejak BN kalah PRU14. Anwar rasuah? Tangkap. Syed Saddiq? Tangkap. 

By the way, korang tahu tak beza antara juta dan bilion? 
1 juta saat bersamaan dengan 11 hari.
1 bilion saat bersamaan dengan 31+ tahun.  

Imagine kalau kita tukarkan saat tersebut kepada duit. Berapa banyak pembangunan yang kita boleh buat untuk rakyat kalau ahli politik tak masuk poket sendiri.

Soalan 11.
Cukuplah sekali kerajaan 22 bulan.
Saya setuju. 22 bulan dibawah pimpinan Tun M yang pada akhirkan meletakkan jawatan dan menyebabkan pertelingkahan. Gagasan Tun M sekarang adalah dibawah parti Pejuang. Jangan undi Parti Pejuang.

Soalan 12.
Jika 3 gagasan besar  PH, PN dan BN semuanya tidak dapat majoriti kerusi untuk membentuk kerjaan, apa yang akan berlaku?
Seperti yang saya katakan tadi, berkemungkinan besar PN akan bergabung dengan BN sama seperti sebelum PRU15. Bezanya, kemungkinan besar Zahid Hamidi akan menjadi PM (kalau tengok cara dia bagi statement dan cara dia benting budget, memang Ismail hanyalah posterboy)




Sebab itu saya katakan, kalau tak tahu nak undi siapa, untuk selamat undi PN untuk DUN dan PH untuk Parlimen. 

Soalan 13
Adalah menjadi kewajipan untuk memilih pemimpin dari yang beragama Islam dan bukan fasik.
Setuju. Ketiga-tiga bakal PM untuk PH, PN dan BN adalah orang yang beragama Islam. Fasik atau tidak boleh nilaikan sendiri. 

Soalan 134
Kau rasa apa plot twist paling twist yang akan berlaku selepas PRU15
Chance untuk tak dapat majoriti kerusi amat tinggi (30% setiap gugusan). Aku expect BN akan bergabung dengan PN. Tapi terpaling twist adalah; PN bergabung dengan PH dan membentuk kerajaan baru. 

Actually aku agak teringin nak tengok PAS bekerja besama DAP. Haha. 

Soalan 15
Macam mana kita nak tahu kita mungkin undi parti politik yang betul untuk mengurangkan penyelewengan dan rasuah di Malaysia? 
Agak sukar. Antara yang boleh kita buat adalah periksa siapa ahli politik yang berani declare harta mereka. Ramai ahli politik yang takut untuk declare harta sebab percaya atau tidak, harta mereka kini sudah hampir berbilion ringgit jika tidak lebih. 

Sedangkan orang yang mengemis pun boleh ada ratusan ribu dalam account apatah lagi yang menjual agama, bangsa dan negara. 

Soalan 16
Semasa PH memerintah hari tu, banyak harta dan asset negara dijual termasuk tabung haji.
Rasulullah mengecam dengan keras terhadap dosa fitnah. Sebab apa? Sebab fitnah mudah tersebar dan bila bukti nyata keluar pun, tak ada sesiapa yang nak percaya. 

Soalan 16
Kenapa kau yakin sangat yang selepas PRU15, PN dan BN akan bersatu dan bergabung?

Kalau kita tengok, TG Hadi Hadi hanya banyak kritik PH, PH dan dan sentiasa PH. Tidak pun kritik ahli politik BN yang menyeleweng. Begitu juga dengan majoriti ahli PAS yang lain. Tak ketinggalan ahli Bersatu dan UMNO. 

Berkemungkinan mereka hanya berpecah dan bentuk PN dan BN supaya rakyat tak boleh guna keburukan dan penyelwengan BN untuk tidak undi campuran BN dan PN. Which is amat berkemungkinan besar akan bergabung selepas PRU15



Clearly, kemungkinan besar BN akan bergabung dengan Perikatan Nasional / PAS again selepas PRU dan seperti yang dikatakan tadi Zahid Hamidi akan menjadi PM


Akhir kata, undi adalah rahsia dan setiap dari kita ada hak untuk mengundi sesiapa pun. Tetapi pastikan anda fikirkan tentang diri, keluarga, negeri dan negara kita. 

Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada yang pandang di halaman rumah sahaja. Ada yang pandang belakang rumah. Ada yang pandang setakat kampung sahaja. Ada yang pandang sepanjang daerah. Tapi sekali sekala, kita kena pandang negara kita.

Selamat mengundi dan selamat memilih parti politik yang terbaik. Dosa memilih ahli politik akan kekal selagi dia menjalankan perkianatan dan penipuan akibat kuasa yang dia dapat dari undian kita. 


Ada soalan lain lagi? Feel free to ask.