Assalamualaikum
Hellow gadis-gadis yang rajin bersolat sekalian. Sihat?
First of all, wo wo wo, relax. Saya tahu tajuk entry ni agak menduga perasaan hati dan nurani anda sekalian bukan? Tapi tenang. Tenang ya kawan-kawan yang saya kasihi.
Aku terfikirkan pasal entry ni masa aku duduk kat depan Masjid kat rumah aku. Ayah aku tengah cari orang untuk bayar daging korban apa entah. Time tu selepas solat isyak. Suasana malam amat hening. Suasana malam yang amat sejuk. So, aku duduk la kat depan tu sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan
And then, sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan tersebut, aku terfikir, diaorang (gadis) berjalan kaki ke Masjid tak bahaya ke? Plus, kaum perempuan kan lagi afdal solat di rumah berbanding solat di masjid. Ini adalah kerana satu hadis Nabi yang berbunyi
"Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka" (HR Abu Hurairah)Kalau anda perasan, kebanyakan blog mahupun website hanya bold-kan ayat terakhir di hadis tersebut yang berbunyi "Dan rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka". Sedangkan, tak ada sesiapa pun ambil kisah pasal keseluruhan hadis.
Kenapa tiada seorang pun yang bold or highlightkan sekali petikan "Janganlah kamu melarang hamba-hamba Allah di kalangan wanita untuk ke Masjid-masjid Allah" instead of ambil ayat terakhir sahaja? Dan kalau anda perasan, orang Islam di Malaysia membuatkan seolah-olah hadis ni melarang kaum hawa untuk bersolat di Masjid dan surau. Admit it.
Gadis A : Awak, jom la join kiteorang pergi bersolat kat surau depan asrama kita ni. Kawan-kawan kita semua ada."
Gadis B : Eh, tak apa la awak. Awak pergi la dulu. Lagi pun, Nabi kata lebih baik perempuan kita bersolat di rumah / bilik berbanding surau / masjid. Lebih afdal. :D"
Seriously, this is no joke.
Kenapa (Apa kemungkinan) Rasulullah mengeluarkan hadis ni? Apa (Kemungkinan) point beliau?
Ketika zaman Saidina Umar, hadis ni dijalankan secara meluas dan tak ada sesiapa pun yang membantah kerana semua setuju. Ada certain pendapat mengatakan hadis ini wujud kerana Nabi amat menyayangi kaum perempuan. So, Nabi pun mengeluarkan lah kata-kata tersebut untuk membendung kaum perempuan daripada di fitnah / culik / rompak / dan sebagainya.
Tapi, ada juga yang berpendapat bahawa pada zaman itu persekitaran bukan seperti sekarang. Kalau zaman dulu, masjid bukan di hadapan rumah. Surau bukan di depan mata. Keadaan dulu juga tak se-selamat seperti zaman sekarang. Ini juga adalah penting supaya jadi prevention dari godaan, menimbulkan syahwat di kalangan lelaki apabila memakai perhiasan, tabarruj, wangi-wangian, berpakaian seksi dan pergaulan bebas (ikhtilat). Dengan kata lain, untuk elakkan perkara yang tak baik berlaku kepada anak dara / janda / kaum wanita, Nabi mengeluarkan kenyataan tersebut.
Tapi, kalau anda perasan, antara sebab para wanita lebih afdal untuk bersolat di rumah adalah kerana untuk mengelak fitnah. Fitnah adalah sesuatu yang amat besar dalam Islam. Dan kita semua tahu bahawa memfitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.
Perempuan adalah sejenis makwe yang amat power. Dia boleh menaikan lelaki hingga ke syurga dan dia juga boleh menjatuhkan lelaki hingga ke neraka. Walaupun power sampai begitu sekali, perempuan dari segi fizikalnya adalah amat lemah.
Dan, aku rasa kita semua jelas faham bila kita tengok hadis di bawah.
"Janganlah kamu melarang hamba Allah di kalangan wanita untuk ke masjid-masjid Allah. Hendaklah mereka keluar tanpa berhias-hiasan dan berwangi-wangian." (HR Abu Hurairah)
“Janganlah kamu menegah wanita-wanitamu pergi ke masjid Allah. Dan hendaklah mereka keluar ke masjid tidak memakai bau-bauan.” (HR Ahmad dan Abu Daud)
"Sekiranya ada antara kamu yang diminta izin oleh isterinya untuk ke masjid maka janganlah dia melarangnya" (HR Ibnu Umar)
See? Tak salah kalau mereka (Gadis) mahu ke masjid atau surau. Dengan syarat, tidak buat benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah seperti over make up dan pakai wangi terlampau yang mampu menaikan nafsu syawat lelaki. Well yeah, lelaki mudah untuk turn on. Senyum dengan bibir merah jambu pun boleh mengugat iman lelaki, tahu?. Di situ lah terletaknya "Better kaum perempuan solat di rumah." Perempuan ni sebenarnya amat dijaga di dalam Islam. But how if pergi dengan family? Or husband? Takut kena fitnah juga?
Tapi Mr. Kay, zaman sekarang pun tak selamat, fitnah pun boleh berlaku.
"Kaum perempuan ni Masjid tak nak pergi sebab takut kena fitnah. Tapi shopping mall, kareoke rajin je pergi. Tak takut pula kena fitnah." - Facebook.
You see what I mean?
So, apa point kau sebenarnya ni Mr Kay? Kau nak perli perempuan ke?
Me? Perli perempuan? Oh peh-leasee. Aku cuma nak kata, kalau kita nak nyatakan fakta, biar ianya tepat. I mean, jangan ada self interest bila mempergunakan hadis. Just like lelaki gunakan point hadis nabi untuk kahwin empat.
Hubby : Sayang. Ya Allah comelnya sayang abang niiiiii.
Wifey : Alaaa. Mana ada comel. Biasa-biasa ja. Hiks.
Hubby : Hiks. Nah, abang ada hadiah untuk ayang.
Wifey : Yeay hadiah. Hadiah apa ni abang.
Hubby : Buka lah.
Wifey : Eh, payung?
Hubby : Payung tu kaler apa?
Wifey : Kuning?
Hubby : Bukan laaa. Tu bukan kuning. Tu kaler emas. Payung Emas. Hiks.
Wifey : Kenapa kasi saya payung emas. Awak nak kahwin lagi ke? Hadis Payung Emas di syurga ni tak wujud punnn tauuu.
Hubby : Tapi hadis kahwin lebih dari satu tu adalah sunnah Nabi, wujudkan?
Wifey : Sampai hati awak nak kahwin lagi. Wuwuwu.
Lelaki akan gunakan hadis ni untuk his self interest iaitu mendapatkan sebanyak mungkin gadis-gadis comel untuk dikahwini. Bukan sahaja lelaki, bukan sahaja perempuan. Tapi kita semua. Kita akan korek sedalam-dalamnya loophole yang ada di dalam kitab agama untuk membenarkan segala tindakan kita. Ianya dipanggil self interest. So, self interest kan bila dia guna hadis tu?
Eleh, yang kau nak suruh kaum wanita pergi sangat masjid ni kenapa? Apasal kau tak ajak je kaum kau (Lelaki) yang baik tu je pergi?
Sejujurnya, aku bukan tulis entry ini untuk tarik korang semua ke masjid. Aku tak rasa ianya akan bejaya pun sebab aku pun bukan setiap hari dan setiap waktu pergi ke masjid. Tapi aku tak suka bila di Facebook atau Twitter, kaum gadis menggunakan hadis di atas untuk tidak ke masjid.
Dan tahap aku tak sukakannya sama macam aku tak suka bila kaum suami gunakan hadis Nabi untuk berkahwin lebih dari satu hanya untuk melepaskan nafsu.
Islam bukan agama yang susah. Islam bukan agama yang meletakkan hukum sesuka hati. Mesti ada sebab dan tujuan kenapa Islam mengeluarkan sesuatu peraturan dan hukum. Begitu juga dengan hal ini.
P/s : Teringat lagi semasa Wardina dan DenaBahrin ajak warga twitter pergi surau / masjid Ramadhan lepas, ramai yang guna hadis diatas untuk menolak. "Tarawih tu bukan wajib pun, kat rumah pun boleh buat. Perempuan kan afdal solat kat rumah je"
Kalau ada salah dan silap, tolong betulkan.