Ahad, 28 Oktober 2012

Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Nak Sangat Benda Ni?

Assalamualaikum


Hello gadis-gadis yang kekurangan kasih sayang sekalian. What's up?

Jika anda semua perasan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia (dan dunia) sebenarnya mengikut trend. Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, puff badan jadi mantap. And then, selepas itu, kalau nak cantik lagi, pakai produk dari dR Rozmey. Minum beberapa gelas produk dR, badan akan jadi slim macam anak dara. Dan selepas itu, trend berubah kepada produk Herbalife. Shake-shake-shake dan anda kan mendapat result yang menawan hati. Tiga cara di atas memang terbukti bagus untuk kesihatan. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan. And bila dia bosan dengan produk dan cara tertentu, dia akan berubah ke produk yang lain.

Yang terbaru, trend di Malaysia (Mahupun dunia) adalah kolagen (Collagen). Actually, kolagen ni benda yang lama. Amat lama. Cuma, bila aku buka mata sikit, aku nampak orang di sekeliling aku dah mula bercakap pasal kolagen.

The Question is, Apa Itu Kolagen Dan Kenapa Perempuan Sanggup Beli Kolagen yang Mahal?
Well, kita semua tahu yang gegirl ni pesen nak nampak cantik dan mantap je setiap masa. Maklum la, bagi mereka kecantikan itu sumber keyakinan diri. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles. Bila dah jeles tu, faham-faham la. Sure akan jadi drama ye tak? Sebab tu perempuan banyak drama. Haaa.

Untuk pengetahuan anda, bila seseorang itu (gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula menjadi kedut dan bewarna kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya? Well, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen. But apa akan jadi kalau kulit kekurangan kolagen tertentu? Well, anda akan jadi tua.

(Klik gambar untuk tumbesaran)

Sebab itu lah ada makcik-makcik yang pakai kolagen akan kata "Kolagen ni kasi awet muda wehh". Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang / kurang. Bila dah cerah dan tak kedut, korang akan nampak makin muda la kan? Itu je yang berlaku sebenarnya.

Siapa yang Patut Makan dan Guna Produk Kolagen?
Pelajar (Perempuan dan lelaki)
- Kolagen bagus untuk sesiapa yang ada masalah mudah lupa. Like me and Lefsak.
Artis / celebrity
- Semua manusia sukakan model / artis yang berkulit cantik. Admit it. Dan Shila Amzah ada produk kolagen dia sendiri. Ning Baizura juga kalau tak silap.
Mangsa kebakaran 
- Kolagen amat diperlukan untuk replace semula semua kulit yang dah terbakar / melecur.
Lelaki dan Wanita yang nampak tua (Or orang yang makin tua)
- Seseorang itu akan nampak tua bila kulit dia dah start berkedut dan jadi kusam kan? You will need this kolagen untuk counter masalah kulit yang berkedut dan rosak.
Perempuan yang baru lepas bersalin
 - Make sure your husband tak lari selepas dah dapat anak pertama. Hihi.
Bekas pesakit yang ada masalah kulit / parut
- Replace the dead skin and mengurangkan kesan parut dan kulit kasar.
Orang yang mempunyai masalah tidur 
- Collagen bagus untuk orang yang ada masalah tidur. Kolagen ni akan membantu anda supply collagen material in the first sleep cycle. Normal sleep cycle adalah 90 minutes.
Orang yang mudah sakit
- Improve the metabolism

And, collagen ni juga bagus untuk tumbesaran bayi. Dan jangan lupa, Collagen juga boleh didapati dengan banyak dalam baby. So, memang ada collagen yang di ambil dari bahagian badan baby yang dibunuh (digugurkan). So, untuk precaution, sila dapatkan kolagen yang asli ya. Sebagai contoh, Click here. Ala-ala raw lagi dia punya kolagen. Anda mesti tak nak guna kolagen dari mayat baby kan? Eh.

Anda juga boleh pergi ke Blog Ini kalau anda berminat untuk membeli kolagen yang asli. Boleh di minum dan dibuat sebagai facial mask. 



Khamis, 25 Oktober 2012

Tips Supaya Majlis Kenduri Kahwin Anda Tidak Suck!

Assalamualaikum


Hellow gadis-gadis dan jejaka yang bakal membina mahligai impian serta masjid sekalian. Whats up?

Aku sebenarnya dah aktif dalam dunia Twitter ni boleh la kata lama. Bukan Twitter je, malah apa-apa social media pun. Dan, aku perasan yang pada tahun ini, ramai gilaaaaaa rakan blogger / Twitter aku bakal mendirikan rumah tangga (Damn!). Aku sebenarnya walaupun ada sedikit perasaan cemburu (bukan dengki), aku tetap happy dengan dieorang. Why? Well, bukan senang beb nak kahwin.

Dan kalau korang perasan, biasanya pasangan yang berkahwin ni mesti ada salah seorang dari pasangan tu yang amat tumpukan or bagi priority kepada tetamu yang datang. Tak kisah la samaada dari pihak lelaki atau pun pihak perempuan.

Dan memandangkan kenduri perkahwinan yang terdiri dari makan-makan yang akan diadakan untuk dedua belah pihak pengantin, aku pun membuat keputusan untuk meringankan beban anda. How? Well, Im gonna tell you something about the tipikal kenduri kahwin.

Sebenarnya, ada dua sebab je kenapa orang datang ke kenduri kahwin ada.
1. Dia lapar!
2. Anda kawan atau ada petalian dengan dia dan keluarga dia!

But seriously, siapa tak suka makan ye tak? Dan untuk pengetahuan anda, makanan yang disajikan amat-amat penting bagi tetamu yang datang terutama tetamu lelaki. (Well of course la lelaki datang nak makan. Perempuan datang nak tengok pengantin pastu feeling-feeling kekonon dia yang kahwin). But isu makanan boleh jadi isu besar kalau korang pandang rendah. Why? Cuba korang fikir

"Agak-agak kalau majlis kahwin korang tak ada makan-makan, ada tetamu yang nak datang tak?"
Thats why la makanan yang disajikan untuk majlis kahwin itu penting. And now, let me tell you what I hate most yang berada dalam kenduri perkahwinan.


Ayam (or kambing) golek / percik / panggang yang di masak secara live.


Kita semua tahu ayam atau kambing atau apa-apa la masakan yang dimasak secara live adalah amat awesome rasanya. Sedap, memukau dan terbaik. But please! Please jangan jadikan makanan ni sebagai sajian utama or main course. Why? Sebab Dalam 1 minit, ada hampir sepuluh tetamu yang datang mahu makan. And for most of the time (Based on my experience), semuanya jadi chaos. Ayam golek tak cukup. Kambing percik tunggu que untuk masak. Daging panggang tengah dicucuk untuk dimasak. Why? Sebab ianya sedap and masing-masing nak ambil dengan kuantiti yang banyak. Akibatnya, ramai yang makan hanya dengan nasi kosong.

Adik aku pernah pernah pergi kenduri dan makan nasi putih bersama acar dan kuah kari je. Sebab ayam golek still tengah bergolek atas arang. Dan ramai yang datang kenduri tu tanpa makan sebab lauk utama masih atas pemanggang.

Tak ada masalah sebenarnya kalau anda nak sajikan Ayam Panggang or Ayam Golek but please la masak 1 or dua jam lebih awal. Kalau nak masak secara live pun, at lease jangan la satu post/booth pemanggang je. Seriously, setakat ni mana-mana kenduri perkahwinan yang ada ayam golek, mesti masak secara live dengan hanya satu booth je. Confirm-confirm ramai beratur tunggu ayam dimasak. Dah la masak pakai bara arang. Lama gila kot nak masak.



Katering


Bagi pasangan yang mampu menyumbangkan RM20,000 kepada katering, please ya cari katering yang bagi good servis. Jangan la cari katering yang hanya pandang duit. Aku pernah ikut ayah aku berurusan dengan pihak katering. Dari 3 katering, hanya 1 je yang memuaskan. Lagi dua tu, dia punya servis macam apa entah. Makanan dikira satu kepala dibayar Rm15, tapi yang disajikan adalah seciput nasi, sesudu sayur dan seketul ayam. Ayam tu gila la kecik. Logik tak?.

Dan korang kena ingat. Katering ni kadang-kadang suka buat perangai lampi (slow). Contohnya, kita kata "Saya nak order ayam  untuk 100 orang makan ya? Dengan harga RM500" Then esoknya, bila majlis dah start, tengok-tengok ada 100 ketul ayam je. Agak-agak korang, dalam majlis ada ke orang ambil ayam seketul sorang? And tak akan la 100 ketul ayam tu sampai harga RM500 ringgit? Tak logik kan?

Pastu kalau kita marah kat dia, dia sure buat muka tak bersalah dan marah kita balik sambil kata "Laa, siapa suruh tak pesan betul-betul. Lain kali cakap la clear-clear." Ini pernah berlaku. Bukan cerita main-main tau. Kalau katering yang servis bagus, dia akan buat lebih. Kalau untuk 100 orang makan, dia sure akan buat 200 ketul ayam. Baru la kena dengan harga RM500.

P/s: Kalau order katering, boleh tak masak based on bilangan ayam? I mean, masak guna 100 ekor ayam instead of 1000 kepala. Kan lagi senang untuk bajet kan?


Masak jangan terlampau awal.
This case, tak kisah lah katering or masak sendiri bersama sanak sudara dan jiran tetangga. Tapi, apa yang aku perasan, most of us masak lauk utama terlampau awal. Sampaikan, ada masak ayam goreng dua or tiga hari dari tarikh kenduri kahwin. First of all, yes rasa ayam yang dah lama stored dalam peti sejuk tu boleh ditutup dengan rasa sambal bila dicampur dengan sambal pedas. But anda kena ingat, bila buat macam ni, ada chance makanan tu dah terdedah oleh bakteria.

Ayah aku bekerja under Kesihatan Makanan. Biasanya, kalau sultan or PM buat majlis makan-makan, ayah aku akan buat guide dan check makanan tu. Dan untuk pengetahuan anda, makanan secara peraturannya hanya sesuai dimakan kalau makanan tu tak lebih dari 3-4 jam selepas ianya siap dimasak.

Sebagai contoh untuk SUKMA yang lalu, ayah aku juga handle bahagian makanan. Andai kata makanan dimasak pada pukul 12 tengah hari, tepat pada pukul 3 petang semua makanan tu akan dibuang. Why? Sebab ada chance untuk makanan itu tercemar. Tu baru 3 jam. Tapi anda siap simpan lebih dari 24 jam lagi untuk majlis kahwin kan? Now you guys know kenapa selepas balik dari kenduri kahwin, perut korang akan menonjolkan tanda-tanya cherry berry.

Korang nak ke perkahwinan korang diingat dengan ayat "Majlis buat orang cirit birit?"

DJ / Lagu mengarut


First of all, I hate DJs dan lagu-lagu yang dimainkan ketika majlis perkahwinan. Tahap I hate it sama dengan tahap aku tak suka buka blog yang ada lagu yang dimainkan secara automatik. Why? Sebab ianya freaking annoying. Dah la pasang lagu pelik-pelik, kuat-kuat pula tu. Lagu pulak tak kena dengan suasana. And then, tu okay lagi. Ni, ada tu yang DJ murahan yang entah dari mana bercakap-cakap pastu gelak. Cakap-cakap pastu gelak. Nak kata lawaknya tidak. Tapi dia yang ketawa lebih. Orang lain tak ketawa pun. Tu okay lagi, ada pulak tu kareoke. Aduh, yang aku lemah. Malas dah aku nak explain. Korang fikir la sendiri.

Dewan VS Kanopi di tengah padang yang panas. 
Kalau anda buat majlis perkahwinan raja sehari anda di dewan, please. Please please please dan please lah pastikan aircond tu SUPER SEJUK. Why? Sebab pintu akan sentiasa terbuka dan suasana akan sentiasa crowded. Itu menyebabkan udara di dalam dewan terdeiri daripada udara yang panas dan udara sejuk dari aircond dari tadi dah bergerak ke luar. So, apa yang tinggal? Peluh, suasana hangat dan bau masam. You gonna love this?

Korang tentu tak nak majlis kahwin korang rasa tak best sebab korang tak tenang fikirkan tetamu yang kepanasan kan? Lagi tak best kalau fikirkan pasal tetamu yang cakap belakang kan? So, kalau korang tak mampu cari aircond yang betul-betul sejuk, please, please sediakan kipas. Aircond + kipas is always the best.

Balik-balik lauk sama di setiap kenduri kahwin.


Majlis kahwin yang menyajikan lauk paling best yang pernah aku pergi adalah majlis orang kampung aku. Dia sediakan Ikan Patin Masak Tempoyak Original Tanpa Rasa Lumour sebagai main course. Kuantity? Banyak gila. Memang heaven gila aku time tu. Lagi pun, mana nak cari kenduri kahwin sajikan Ikan Patin pada tetamu dengan kuantiti yang banyak? Balik-balik lauk gulai daging, ayam masak merah dengan acar. Bosan weh. Serious bosan makan lauk macam tu. Kalau sehari ada 3 undangan majlis perkahwinan, tiga-tiga sajikan lauk yang sama, perh. Nak makan pun tak ada selera. Kan?

Lebih better masak ayam goreng kunyit + ikan masak merah / kicap dari masak yang entah apa-apa yang terlampau common. Honestly, ramai orang disekitar aku lebih prefer ayam dan ikan dari daging. I myself, I tak suka makan daging gulai. Dan I prefer ikan-masak-something dari ayam masak merah. Serious.

So, kalau korang tanya aku, apa menu yang paling best? Aku akan jawab - Ayam masak kicap, Ikan tenggiri / aye (goreng) masak pedas, acar dan beberapa lauk sampingan beserta nasi putih yang tidak keras. Seriously, nasi minyak so boring already. Plus, nasi minyak di kenduri kahwin never a real nasi minyak anyway. And nothing can beat nasi berlauk untuk makan tengah hari.

Ais Krim Kon Sebesar Tapak Tangan
Kalau korang buat majlis kenduri ni kat tengah padang dan pada masa tu adalah musim panas, please la sewa penjual aiskrim kon. Kat Kuantan banyak gila buat macam ni. Pak cik tu disewa untuk bagi korang ais krim kon yang kecik. Serious kecik. Saiz ais krim tu dalam saiz tapak tangan aku je. Memang kecik gila tapi berbaloi untuk hilangkan panas.

Kosnya tak mahal. Dan biasanya, satu tank yang atas motor tu memang cukup untuk satu majlis kahwin yang berlansung selama 4 jam. Plus, aiskrim sentiasa menjadi pencuci mulut yang best kan? Lagi best dari bubur kacang panas di waktu tengah hari.


**********************

Aku tak nak komen pasal over make up pengantin perempuan yang umpama dibaling tepung kat muka. Itu urusan dia dan suami dia. Tapi, suami dia mesti kecewa. I feel you bro. :(

P/s : Aku dah tolong kasi tips kenduri ni. Moga-moga dapat berkat pengantin. Eh.

Korang pula, korang ada tips untuk dishare? Apa yang korang paling tak suka setiap kali pergi kenduri kahwin?



Rabu, 10 Oktober 2012

BE THE LIGHT - PETRONAS’ 2012 DEEPAVALI CAMPAIGN

Assalamualaikum w.b.t



Let me ask you some pretty simple questions. Ada tak siapa-siapa di sini yang tak ada kawan yang berlainan bangsa serta berlainan agama? Ah, liar. If you do not have at least a Chinese, a Malay and an Indian friend, then you must be an anti social freak in our community. Well, these major races every year give us free holidays to rejoice the four major celebrations which are Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year, Christmas and Deepavali.

For your information, this 13 November 2013, we are gonna celebrate one of four major celebration which is Deepavali. Or known as Diwali.


From what I gather in advertisements release by Petronas throughout these years, in all of our festive campaigns, it has always been PETRONAS’ intention to help promote and inculcate the common underlying values from the diverse heritage, tradition and cultures that bring all Malaysians together in our multiethnic society.

Since we are living in multi-culture races, I bet most of us sometimes enjoy with other culture and celebration that hardly be seen with our bare eyes. Thus, if any of you are a fan and interested with the celebration of Deepavali, you surely don’t want to miss the awesomeness of Kolam, Indian Music and Indian costume. But where can you catch this fun? Of course HERE. The event starts on 6th November and ends on 25 November. In this celebration of “Be The Light- Petronas’ Deepavali Campaign”, Petronas is also produces a series of Greeting starring known Malaysian celebrities such as Sharifah Amani. Feel free to drop by to this video.


Stay calm and enjoy Deevapali.

;)




Selasa, 9 Oktober 2012

Percintaan yang "Nothing great comes easy".

Assalamualaikum


Soalan dari Formspring. :

Hi Mr. K. Saya nak tanya pendapat kau sikit. Aku dah tiga tahun bercinta dengan boyfriend aku. Kitaorang memang nak plan kahwin pun. Tapi lately memang banyak sangat dugaan yang kitaorang terima. Betul ke itu petanda yang aku memang tak ada jodoh dengan dia. Help. Thank you.

Sedih sebenarnya bila aku dapat soalan macam ni. Dan soalan macam ni, confirm-confirm perempuan je yang tanya. Tahu kenapa? Sebab perempuan ni pesen overthinking. Boyfriend reject call sikit, terus fikir bukan-bukan. Dah la pesen fikir luar kawalan, ada tu, sampai kaitkan dengan agama. Contohnya macam. "Aku nak beli kasut la." Tup-tup, dekat mall ada sale beli 10 pasang kasut percuma berus gigi. Pastu mesti perempuan tu akan fikir "Ini mesti sign dan takdir dari Tuhan untuk aku beli 10 pasang kasut". Padahal kat rumah dah ada 20 pasang kasut dah. Tapi satu pun tak pakai. 

So, berbalik kepada soalan, betul ke sesuatu perhubungan itu menjadi perhubungan terlarang bila banyak halangan or bab kata orang putih, obstakel?

Sebenarnya, ada jawapan untuk soalan ini. Dan jawapan dia terbahagi kepada dua.

1. Yes, perhubungan anda adalah hubungan terlarang. You both suck. Banyak buat dosa semasa bercinta. Sebab tu banyak halangan. Supaya korang putus dan tak buat dosa lagi.
2. No, hubungan anda memang sweet. Halangan yang tiba hanyalah sebagai ujian untuk lihat betapa kuatkan anda berdua untuk meneruskan perhubungan. Practice untuk perkahwinan bak kata orang.

Wait Mr Kay yang bajet pandai. Apasal pula jawapan terbahagi kepada dua?
Sebenarnya hampir semua benda di dalam dunia ni tak ada yang fix. Tak ada yang tetap. Dan kita biasanya tidak akan lari dari masalah. The issue is, macam mana kita handle masalah tu?

Secara general, manusia terbahagi kepada dua bahagian bila berada dalam certain situasi. Bahagian itu adalah pemikiran yang positif dan pemikiran yang negatif. Dan ini juga merujuk kepada Persimis serta Optimis.

"Bagi gua, orang persimis akan nampak kesukaran di dalam setiap peluang. Dan orang optimis pula akan nampak peluang di dalam setiap kesukaran" - Winston Churchill

Cuba anda bayang kan. Kalau korang kata hubungan tu banyak halangan sebab tidak direstui, then ada itu bermaksud anda patut bercerai bila rumah tangga dilanda badai dan ombak?

Hubungan banyak halangan sebab Allah tak nak bagi anda dapat dosa.
Ada certain ketika yang kadang kalau anda buat la macam mana pun anda tetap tak boleh selamatkan hubungan korang. Korang jumpa mak mertua bincang elok-elok, juga kaunseling bincang dalam-dalam. Jumpa isteri bincang lembut-lembut. Semua nya tak jalan.

Tapi korang still tak nak putus asa. Korang still sayangkan hubungan ni. So, korang paksa supaya ianya berjaya. Tapi since korang paksa, semuanya jadi makin teruk. Time nak jumpa suami isteri, kereta accident. Time nak beli hadia untuk isteri, kena sama. Time nak masak untuk suami, gas habis. Well, dalam hal ni, tak mustahil ianya adalah ujian semata-mata. Tapi tak mustahil juga yang ianya adalah hint bahawa hubungan anda telah hampir sampai ke penghujung dan akan diakhirin oleh takdir Tuhan.

But why Allah nak putuskan hubungan ni?
For those yang dah berkahwin, maybe sebab jodoh anda tidak lama. Maybe, selepas anda dapat anak, suami akan mula buat hal. Sebab itu lah Allah putuskan. Lebih baik janda tak ada anak dari janda anak satu kan? Dan bagi yang bercinta or bertunang, maybe anda masih jauh dan belum layak (Dari segi agama) untuk berkahwin. Sebab itu lah Allah putuskan. Mana la tahu kot-kot baru sebulan kahwin, si suami dah pasang baru. Ye tak?


Dan, juga tidak mustahil hubungan percintaan anda diputuskan semata-mata anda belum layak bercinta. Bila anda bercinta, anda mungkin membuat dosa. So, hubungan anda diputuskan melalui halangan dan tidak mustahil ianya akan disambungkan balik bila both of you guys dah bersedia untuk berkahwin.

Simple kan? And please, jangan fikir korang dah berkahwin 5 tahun dan bahagia, tahun ke 6 juga anda akan bahagia. Banyak masalah yang berlaku dan akan berlaku. Dan itu membawakan kita kepada halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

Halangan dalam percintaan, untuk menguatkan lagi perasaan.

"Nothing great comes easy"
"Easy come, easy go"
"What worth, fight"

Pernah ke anda nampak businessman yang betul-betul kaya naik dengan mudahnya? No, most of them adalah dari keluarga yang miskin. Kalau tak miskin pun, dia mesti pernah jatuh bankrupt. Bankrupt pula dua tiga kali. Tapi at the end of the day, dia jadi jutawan. Why? Sebab dia usaha.

Macam tu la juga dengan relationship. Tak akan la sebab ada beberapa halangan, anda (Mostly girls) dah start fikir  untuk give up. Sikit-sikit give up. Sikit-sikit give up. Kalau dalam kehidupan biasa, kita nampak halangan dan kepayahan sebagai satu ujian untuk tengok kita punya kekuatan. Tapi kenapa bila it comes into relationship, halangan dikata sebagai tak ada jodoh?

Tak mustahil halangan yang berlaku hanyalah sebagai cara untuk kuatkan balik hubungan korang. Contohnya, sebelum ni hubungan korang hambar je. And then, masa pergi dating, korang accident. And sejak accident tu, dia jadi lebih caring. Hari-hari ulang alik ke hospital. Siap bawa masakan lagi dari rumah. Pastu makan sambil gegurau sesama. Kan sweet tu. Maybe, ada hikmah disebalik accident tu. Ianya satu halangan. Dan ianya juga satu ujian. Tapi tak bermaksud untuk memutuskan hubungan anda. Kan?

But the most important part is, bila dalam masalah, jangan sekali-kalai lari atau menyerah kalah. Sebab, once dua-dua pihak menyerah kalah pada sesuatu masalah, then hubungan anda akan berakhir, soon.