Jumaat, 7 September 2012

Cerita Karut : Ustaz Favourite, Riwayat Facebook.


Assalamualaikum



Suasana malam bersama bayu. Angin bertiup kencang terasa sayu. Di situ, memandang ke langit dua orang Melayu. Hiraukan semua gadis-gadis ayu.

"Tanda hujan mahu turun mungkin."

*Diam*

Dia menarik nafas sedalam-dalam. Dan mehembusnya perlahan. Tenang.

"Petrichor" Kata Fayad.

"Apa?"

"Patrichor. Bau hujan"

"Ohh". Bagong menganguk. "Kisah pulak". Sambungnya lagi. Mungkin benar Fayad ni Wikipedia bergerak. Semua benda dia tahu. Teringat lagi zaman dimana seluruh rakyat Malaysia membenci tarian Gangnam Style. Masa tu, hanya dia seorang je yang berani mengatakan bahawa tarian itu tak ada kena mengena dengan budaya seks dan perkara lucah serta yahudi. Dan tentulah bila dia kata macam tu, dia kena maki.

"Tapi Fayad, Ustaz favourite aku kata Gangnam Style tu haram. Ianya merupakan tarian budaya Korean. Korea tu bercampur lelaki dan perempuan. Tak tutup aurat. Haram!" Kata Salam Hadi.

"Abis tu, Break Dance tu? Suffle tu? Itu dari barat. Barat lagi lah buat seks bebas. Kenapa tak haram kan sekali?  Tai Chi pulak dari cina. Cina makan babi. Lagi la haram!"

Mengkekek Bagong gelak mendengarkan hujah balas dari Payad. Lagi mengkekek bila melihat muka geram Salam Hadi.

"Kau ni dah jauh terpesong Fayad. Akidah kau dah jauh sangat dah ni." Kata Salam Hadi. Tangan nya tak berhenti membelai tangan teman wanitanya, Sasha. Sasha, seorang gadis kota yang hanya memakai tube. Rambutnya sentiasa berubah warna mengikut peredaran zaman. "Pulang la ke pangkal jalan Fayad. Pulang lah. Kecewa mak kau kalau tahu kau macam ni" Kata Salam Hadi lagi. Dia menghidupkan Forte Koup-nya dan meluncur pergi bersama teman wanitanya yang telah lama menunggu.

"Harap kereta je mahal" Kata Fayad sambil men-unlock pintu Kancil VTEC MBA nya.



Bulan masih indah. Bayu masih menerpa. Hujan masih belum turun dan malam masih muda.

"Hmm" Fayad mengeluh sambil menghisap cerut Trinidad Reyes yang baru dibeli di 7Eleven sebentar tadi. Dia memandang lighternya. Dah lama lighternya itu berbakti untuk memberi ketenangan kepadanya melalui cucuhan rokok.

Lighter Zippo itu bertukar tangan. Kini giliran Bagong menikmati cerut miliknya. Partagas. Katanya, kalau bukan jenama Partagas, dia tidak akan hisap. Bau pun dia tak mahu.

"Hang ni Payad, aku tengok stress sangat pasaipa?" Tanya Bagong yang ingin memecahkan suasana sunyi. Dua orang lelaki di dalam satu kereta dibawah cahaya bulan yang romantik seriously membuatkan kesunyian menjadi awkward.

Fayad tetap diam membisu. Dia terus menikmati suasana malam yang dikelilingi oleh petrichor.

"Woi, jawab lah. Aku bercakap dengan hang ni. Celaka."

Berkelip-kelip mata Fayad sambil memandang Bagong. Terkejut mungkin. Selepas seketika, dia mula berbicara.

"Tak ada apa lah Gong. Aku cool je. Ni nak lepak mana ni?"

"Entah. Tapi member aku ajak aku lepak kat Bukit Bintang. Member-member. Jom ah."

"Member kau mana satu ni? Ridzwan?

"Zarif la. Engineer yang kaya gile tu. Satu bulan dengar cerita dia dapat lebih USD40k. Malam ni dia buat makan-makan katanya. Majlis kesyukuran kot"

"Makan-makan? Majlis kesyukuran ? Kat Bukit Bintang? Sekarang? Pukul 2 pagi? Gila ke apa?"

"Mana la aku tahu. Tapi dia ada bagi alamat ni. Kita pergi je la. Jangan banyak tanya. Kang tak sempat pula."

Cigar yang belum sempat cecah separuh dibuang begitu sahaja. Dari bandar Melaka, Kancil VTEC MBA memecut laju menuju ke Bukit Bintang.



25 minit kemudiannya, mereka berdua sampai di sekitar Bukit Bintang. Ada sebuah bangunan yang tertulis Rootz dihadapannya.

"Kita dah sampai ke ni? Ni Bukit Bintang ke? Ni bukan Lot 10 ke?" Bagong berasa kekok melihat suasana yang meriah di sekeliling walaupun ketika itu hampir pukul 2.35 pagi. Ada patung-patung bergarak. Ada anak gadis menari-nari. Ada couple yang berpelukan. Dan ada bermacam-macam lagi yang boleh merosakkan jiwa. Tak boleh dibezakan langsung samaada gadis-gadis disekitar tersebut berpakaian atau pun tidak.

"Dari alamat dalam peta yang kawan kau bagi tu, ni lah tempatnya."

Suasana bingit dari dalam jelas kedengaran. Musik tekno mungkin. Sakit hati betul dengan musik tekno dan autotune ni. Tak ada seni langsung. Tak ada ketenangan. Macam mana nak dapatkan ketenangan kalau asyik pergi ke tempat macam ni?

Fayad terserentak. Dia dapat rasakan seolah-olah dia pernah pernah ke tempat ni. Ya, dia pernah jejak ke tempat ini dalu. Syurga para clubbing katanya.

Dia ingat lagi yang dahulunya dia pernah sampai ke tempat ni bersama Nazreen Wong dan Sinclair Wong. Pasangan terlarang yang entah kenapa tukarkan nama yang elok-elok diberi oleh ibubapa kepada nama yang entah apa-apa. Nama yang tak ada value.

Dan, dia juga masih ingat lagi yang disini lah dia berjumpa dengan John Hafiz. Lagenda blogger Malaysia. "Kalau you tak kenal I, maksudnya you bukan real blogger. Entah-entah, membaca pun you tak reti!". Kata John Hafiz sambil berpelukan dengan Samantha dan dua lagi gadis lain.

Lamunan terhenti apabila Bagong menarik lengan Fayad. Mereka berdua menuju kesebuah meja bulat berkilat. Ada seorang jejaka sedang duduk merenung sambil menikmati Black Russian. Black Russian, cocktail campuran vodka Stoli. Bukan sebarang Melayu boleh handle Black Russian.

"Zarippp. Yooo. Apasal tak enjoy? Party kau kan?"

Zarif terus membisu. Persoalan yang diajukan oleh Bagong dibiarkan tenggelam dalam musik rancak yang bebosankan. Gelas dicapai. Black Russian dihirup sehingga habis.

Zarif mengangkat tangan kearah gadis pelayan yang seksi. Gadis itu memandangnya. "One more!". Jeritnya. Sebagai pengunjung tetap, regular order dari Zarif bukan satu perkara baru. Semua orang tahu, cita rasanya terhadap Black Russian tak pernah berubah.

"Ni lagi sorang. Pantang betul aku bila aku tanya, dia buat derk je. Apa hal ni brader. Happy la sikit. Aku datang dari jauh ni."

"Hmm". Zarif mengeluh.

"Apa yang 'Hmm'? Cerita lah. Macam lah aku tahu apa yang ada dalam otak kau tu!"

Zarif memandang Bagong dengan pandangan kosong. Dan memulakan bicara.

"Gua sayang gila dengan life gua sekarang. Gua tak nak tinggalkan dunia gua ni. Gua tak nak tinggalkan clubbing sampai ke pagi, hisap cigger paling mahal, melayan gadis-gadis GRO dan menikmati Black Russian gua. Tapi pada masa yang sama, gua nak juga masuk syurga!"

"Apa maksud kau ni brader? Kau ni mabuk ke gila?!"

"Kau tak faham perasaan aku sekarang ni, Bagong. Kau pernah dengar tak dengan hadis :

 ”Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian dia menyembunyikannya (Tidak meluahkan perasaanya)
dan dia mati, maka matinya itu adalah mati syahid."

"Gua dah tangkap leleh dengan seorang awek ni. Memang leleh gila. Tapi gua tak nak luahkan cinta gua ni kat dia. Sebab nanti --" Zarif berhenti berceramah untuk menghirup Black Russian. "--Sebab nanti, mana tau kot-kot gua accident masa drive time mabuk, pastu mati, gua mati syahid! Boleh gua masuk syurga!"

Terdengar bunyi gelas pecah hasil balingan Fayad. Giginya diketap berulang kali tanda menahan geram setelah mengengar kenyataan kawan Bagong tersebut. Tapi dia sabar je. Kalau diikutkan hati, nak je dia kasi ceramah balas. Paling kurang pun, dia kasi kaki atas muka.

"Gua tahu pasal hadis ni time gua bukak Facebook hari tu. Ramai orang share. Benda-benda kat Facebook ni kalau kau nak tahu, 100% sahih!" Sambungnya lagi sambil menghabis kan Black Russian.

Malam tu berakhir begitu sahaja. Tiada parti liar, tiada parti buih. Hanya beberapa orang 'mabuk' yang mempercayai hadith riwayat Facebook dan ustaz-ustaz favorite.




Sumber gambar : Derek, Carlos