Sabtu, 28 April 2012

29th April (Ahad), PWTC - Me & Geng Terfaktab

Assalamualaikum


Soryyyyyyyy sebab dah lama tak update blog dan sorry sebab lambat approve korang punya comments. Lately, aku berasa amat malas untuk membuka blog. Well, semester aku akan habis hanya dalam dua minggu (max), and then later on maybe barulah aku akan free seperti burung merpati tanpa sebarang kerja untuk membuka dan menulis blog yang tersayang ini.

Well, macam yang kita semua dah tahu, di PWTC sekarang ni ada Pesta Buku yang besar-besar. Banyak awek-awek comel serta gadis-gadis manja bersama jejaka handsome akan menghadirkan diri untuk men cuci-cuci mata sambil membeli buku. And, kalau tak silap aku, novel Awek Chuck Taylor mendapat sambutan yang amat tinggi. And, tahu kah korang siapa penulis Awek Chuck Taylor? Well, penulisnya adalah salah seorang dari Ahli Terfaktab iaitu Nami Cob Nobbler yang juga mengeluarkan buku bertajuk Kitab Terfaktab (#2) - Nakal Tapi Halal. 


So, kenapa aku menulis entry ni? Well, untuk pengetahuan anda, esok (Ahad), hampir semua ahli Terfaktab akan berada di PWTC pada pukul 4 petang. Dengan kata lain, ini adalah masanya untuk anda beramah mesra dengan penulis idaman korang sambil bergambar dan meminta sign dieorang. Contohnya, korang boleh flirt-flirt dengan Raja Kasanova, Brader LepLep. Or bergambar sambil mengukur ketinggian bersama Boss Terfaktab, Aqram. Korang juga boleh berlawan cakap tanpa henti paling lama bersama Cikgu Zara. Korang juga boleh meminta tips kulit licin bersama Issac Ismael. Korang juga boleh belajar tips menggoda dari Bukan Penggoda. Dan ramai lagi. 

Sebenarnya, banyak lagi yang ada di sana. Ada jual-jual mug Terfaktab, ada jual itu dan ada jual ini. Dan aku harap, aku tak ada masalah untuk sampai ke sana. Maklum lah, aku ni ada masalah sikit dengan KL dan Selagor ni. Sebab banyak sangat dah kes dah terjadi. Tapi yang penting, most of ahli Terfaktab akan ada dan anda boleh mintak sign dengan dieorang. Mohon semua Ahli Terfaktab praktis sigh lelawa ya. 

PWTC

Booth Lejen Press.

29 April (Ahad)

Around 4 pm. 


See you there insyaAllah.



Ahad, 15 April 2012

The Truth Behind "Free Education" in Malaysia - My Two Cents

Assalamualaikum


Hellow manusia yang mahukan semua free. What's up?

Aku perasan, ramai betul ya yang bercakap pasal Free Education ni. Kat Facebook, kat Twitter, kat kedai makan; mesti ada yang sembang-sembang pasal ni. 

Anak-anak, tahu tak apa difinisi 'Free Education'? 

"Free education refers to education that is funded through taxation rather than tuition fees."

Pernah tak korang fikir kenapa ada negara yang bagi Free Education? Ada negara yang macam Greece (Hampir bankrupt), Argentina, Sri Lanka pun kasi free education. And for Brazil. Sampai nak ke doctorate pun Brazil kasi Free Education. 

Negara yang free education akan leads kepada ramai student. More student, more orang yang akan graduate. More orang yang graduate, makin more lah orang yang akan dapat pekerjaan yang kasi gaji berpuluh ribu. And then, siapa yang untung? Government. Why? Sebab diorang terpaksa membayar tax yang amat-amat tinggi. 

"Dah tu apa masalahnya kalau tax tinggi asalkan boleh dapat Free Education? Buat je la Free Education"
Are you sure? Hari tu topup nak buat tax 6% pun satu Malaysia bising. Tu baru tax topup tau, belum tax segala benda. And aku perasan yang ramai reffer kepada Finland bila cakap pasal Free Education sebab katanya, Finland adalah antara negara yang mempunyai institute pembelajaran terbaik di dunia yang menyediakan Free Education. 

Tapi mari aku tanya korang. Di antara korang, siapa yang dah ada Insuran nyawa? Tahu tak ada certain negara yang menyediakan free education akan memaksa rakyatnya untuk membayar bermacam-macam benda (tax) termasuk insurance? And kalau nak senang kira, boleh cakap yang dieorang punya tax hampir 50% pun ada. So yes, korang boleh dapatkan Free Education kalau tax setinggi ni. Tapi menangis la mak ayah korang kerja siang malam untuk bayar tax. Dengan kata lain, sama je kalau tak buat Free Education pun. 


"Free Education" di Malaysia
Kalau korang nak tahu, banyak je Free Education di Malaysia. Tapi untuk dapatkan Free Education tu, korang kena achieve something. Why? Sebab Free Education tak boleh di beri ke semua orang. At least, seseorang tu ada Diploma untuk dapat Free Education. Contohnya, INSTEP and BeST. Korang tahu tak yang dua benda ni adalah macam small course yang bukan je free, tapi korang siap dapat bayaran (Around RM1000 per month) sehinggalah course tu berakir. And then, at the end, korang akan diserapkan untuk kerja.


Dan kalau korang tengok-tengok balik, Free Education memang wujud untuk peminjan loan pelajaran. Contohnya, student yang ambil MARA dan PTPTN. As long dia dapat pointer tertentu, diorang tak perlu bayar balik pinjaman. Dengan kata lain, yes, ianya adalah Free-Education-Dengan-Syarat-Kau-Belajar-Betul-Betul. Come on la. Siapa yang kasi beratus-ratus ribu untuk orang yang akan fail Degree or Diploma? Tax rendah pula tu. 

"Apa masalahnya kalau Malaysia kasi tax rendah. Bukannya Malaysia tak mampu bayar pun. Malaysia kan pengeluar petroleum."
Aku perasan, dari dulu sampai sekarang ramai pertikaikan pasal isu minyak di Malaysia. Terus terang, aku cakap, aku tak tahu mana pergi semua duit-duit Petronas. Kalau Petronas bayar beratus ribu untuk staffnya, then aku tak kisah sebab aku admit memang susah nak kerja bidang Oil & Gas and they deserve thousands of money per month. Lagi pun, profit yang Petronas kasi kat goverment tak banyak sangat pun. Stakat nak beli cincin berlian Bik Mama dua tiga puluh keping dah kering poket. Petronas adalah sebuah syarikat. Petronas untung banyak mana sekali pun, tak adanya dia nak kasi semua ke kerajaan. Sedangkan lab kat U aku yang guna mesin skala kecil pun dah mencecah jutaan ringgit harganya. Apatah lagi kat kilang and plant Petronas tu. Ingat murah ke bila nak maintenance sesebuah mesin?

And, macam yang kita semua tahu, minyak / petroleum di Malaysia dah nak habis. Ya, petroleum ni berasal fossil yang berjuta tahun lalu. So, kalau nak kata petroleum ni adalah satu sumber yang boleh di renew, then aku kata yang ianya adalah amat mustahil. So lambat laun, petroleum akan habis. 

Now, aku akan tanya korang satu soalan. Malaysia adalah negara yang ber-tax rendah yang menggunakan hasil petroleum sebagai sumber pendapatan utama. Kalau Malaysia guna hasil petroleum untuk tampung semua benda supaya korang dapat All-Free, agak-agak, bila petroleum di Malaysia dah habis, sumber apa kita akan guna untuk tampung those All-Free yang dah dilaksanakan?

So yes, untuk jangka masa pendek, kita boleh hidup happy go lucky, kaya raya dan free macam kat Brunei yang guna duit dari petroleum. But untuk jangka masa panjang, Malaysia mungkin akan masuk krisis bankrupt seperti Ireland, Iceland and Greece kalau tak naikkan tax. 

Free Education vs Paid Education.
Masa aku muda-muda dan bersekolah rendah dulu, aku pernah pergi tuition yang di anjurkan oleh sekolah aku tau. And ianya adalah freeeeeeee. And korang tahu tak apa yang terjadi bila ianya free? Ya, ramai macam nak tak nak je pergi tuition. Macam sekolah agama la juga. Mentang-mentang yuran sekolah agama di sebelah petang tu murah, ramai je yang ponteng and nak tak nak je pergi ke kelas kan? 

Ini dah terbukti yang free and cheap education di Malaysia memang tak sesuai selagi mentaliti orang di Malaysia. Jangan comparekan student Malaysia dengan student negara luar. Tengok sendiri kawan-kawan 

"Eh, aku dah bayar la untuk ceramah / kelas / lecture tu. Rugi la kalau tak pergi."

"Rugi" hanya wujud bila kita dah bayar. Tapi bila free, agak-agak ada tak yang cakap "Weh, ceramah / kelas / lecture tu free je. Rugi la kalau tak pergi." Mesti tak ada kan?

Im sorry, tapi tak ada benda free dalam dunia ni. Oksigen free? Yeah right. Tunggu la bila korang dah tua dan perlukan oksigen untuk bernafas kat hospital. 

Just my two cent. Let me know kalau ada info yang salah di atas. 



Rabu, 11 April 2012

Adakah Anda Patut Dump Kekasih / Tunang Anda?

Assalamualaikum




Korang selalu tertanya-tanya pasal perasaan Si Dia? Selalu menangis di dalam tandas ketika mandi bila Si Dia tak layan? Selalu menangis di bawah bantal sebelum tidur sebab Si Dia dah macam berubah? Well, adakah Si Dia masih sayangkan korang? Patutkah korang dump dia sebelum dia dump korang.

1. Korang nak pergi lepak-lepak dengan kawan lelaki yang korang baru kenal. Apa reaksi Kekasih korang?
a) Membenarkan sambil suruh have fun. Maklum lah, dah percaya sangat.
b) Membenarkan tetapi dari cara percakapan, dia macam tidak setuju. Tapi apa yang dia boleh buat, tak ada hak sebagai suami untuk halang.
c) Jangan harap ar nak kasi keluar. Kalau nak kuar, kena ajak dia sekali.

2. Teman lelaki / Tunang korang ada ramai kawan lelaki dan kawan perempuan. Tapi…
a)Teman lelaki korang amat jarang bercakap tentang korang kat kawan-kawan dia.
b)Kawan-kawan teman lelaki korang tak tahu pun yang korang ni wujud. Gila ah.
c)Dia akan cuba hide korang dari kawan-kawan dia.

3. Teman lelaki / tunang suka main game (Dota mostly) dan dia biasanya…
a) Jangan harap ah dia akan jawab call korang masa dia tengah gangbang dalam DoTA. Pastu cakap handphone di silent. Penipu. Dasar lelaki.
b) Dia akan berhenti main game semata-mata untuk mengucapkan good night kepada korang. Romantiknya. Dasar Mr. K.
c) Setiap kali korang call, korang mendapat status “Waiting”. Nak-nak bila tengah malam.

P/S : Option "b)" is not the only correct answer for the question above. 

4. Bila keluar dengan korang, teman lelaki / tunang korang…
a) Akan puji perempuan comel lagi wangi yang ada di hadapan korang dengan harapan korang akan jealous. Kalau Mak korang ikut sekali pun, dia relak je nak buat korang jealous.
b) Teman lelaki korang macam nak tak nak je keluarkan duit untuk korang. Nak beli something untuk korang pun berkira.
c) Cuba untuk curi-curi pandang perempuan lain. Tapi bila kantoi, menggelabah tak nak mengaku. Tak malu.

5. Bila korang bergaduh dengan teman lelaki / tunang korang, dia akan….
a) Dia akan diam je sambil baca Kitab Terfaktab bila korang dok bebel. Biar korang rasa macam bebel dengan kayu.
b) Dia akan marah balik. 10 kali korang marah. 10 kali dia balas.
c) Pukul korang sampai lebam-lebam. Selepas tu maki-maki. And then selepas dah reda, dia akan melutut meminta maaf dengan romantiknya. Pastu, esok pukul lagi.


*****



Sebenarnya, entry ni adalah amat panjang. Setiap point jawapan a, b dan c aku siap tulis dengan explanation lagi. Tapi, aku tak boleh siarkan kat sini sebab ini adalah article asal untuk Kitab Terfaktab #2 yang aku tulis.

So, sorry to say cute girls and cute boys sekalian. Aku tahu bunyinya agak kejam, tapi the only way untuk korang tahu jawapan, markah dan explanation untuk setiap jawapan untuk soalan-soalan di atas adalah dengan mendapatkan Kitab Terfaktab #2 : Nakal Tapi Halal (Klik sini untuk tempahan). Hihi.

P/S : Feel free to answer those questions. Maybe aku akan kasi sikit hint based on your answer di ruangan komen. Have a nice day. ;)




Ahad, 1 April 2012

Non-Dangerous Thing You Need For Your Fair Clean Skin

Assalamualaikum


Hellow semua gadis-gadis yang mahukan kulit licin sebab lelaki semuanya sukakan pipi gebu sekalian. What's up?

Ramai orang kata pencuci muka A lagi bagus dari pencuci muka B. Tapi then bila korang guna pencuci muka B, korang rasa macam pencuci muka B jauh lagi bagus dari pencuci muka A. Ramai kata supplement C lagi bagus dari supplement D. Tapi bila korang guna, dua-dua macam tak berguna. But why? Actually, ada bermacam jenis sebab kenapa setiap orang ada pendapat masing-masing tentang pencuci muka dan supplement serta vitamins. Dan antaranya adalah kerana setiap orang ada jenis kulit, jenis kadar minyak, jenis reaction, rate of intoxication dan macam-macam lagi lah sebab yang tersendiri. 

Dan korang kena tahu la juga pasal masalah kat muka korang. Korang tau ke yang gatal-gatal dan bintik-bintik kat muka korang tu sebenarnya adalah punca dari apa? Punca dari penyakit Eczema korang? Or dari rambut korang yang berminyak? Or berpunca dari bantal korang yang kotor bila tidur? Or simply berpunca dari alergi seperti resdung?


Pernah tak masa korang pergi kedai ke, supermarket ke, korang ada nampak iklan yang berkata "Mee Segera dengan Calsium!" Tapi pernah tak korang terfikir berapa banyak kandungan Calsium dalam mee segera tu? Agak-agak, boleh capai 0.001% tak? Macam tu la juga dengan pencuci muka dan kosmetik korang. Kadang-kadang, pencuci muka or ubat-ubat ni dia kelentong korang je.  Dia boleh je cakap "New Facial Wash! With rich Antihistamine" And then korang pun laju-laju lah pi beli pencuci muka tu. Tapi pernah tak korang fikir apa ke jadahnya antihistamine tu? And then, korang mungkin pernah dengar "Eh, tengok pencuci muka ni guna susu kambing lah". Tapi pernah tak korang fikir pasal susu kambing tu? Berapa banyak amount susu kambing dalam pencuci muka. Dan susu kambing tu agak-agak susu betul ke?

Macam aku, dari dulu aku suka pakai Men's Biore Black and White Scrub Memang kalau muka aku gatal-gatal sebab banyak berpeluh ke apa ke, kalau pakai mesti terus hilang. Sebab muka aku kadang-kadang berminyak. So, aku memang perlukan pencuci muka. Tapi sekarang, aku dah tukar ke SG Men dan aku pakai dalam sekali sekala je. Kadang-kadang, seminggu sekali je pakai sebab malas. Then kalau aku rasa muka aku macam ada masalah, baru lah pakai balik. Why? Sebab tak ada pencuci muka yang 100% selamat dalam dunia ni. So, kalau boleh jangan pakai apa-apa pencuci muka kalau muka korang tak ada masalah.

Tapi SG Men tu untuk lelaki je lah. Kalau untuk perempuan, aku rasa korang better tak guna pencuci muka yang bukan-bukan sebab kulit perempuan adalah amat nipis. Dan gebu. Ya, I know. And bayangkan kalau kulit muka gebu korang tu rosak di sebabkan steroid yang adalah dalam pencuci muka. So, dalam banyak-banyak produk kecantikan luaran yang boleh korang jumpa, aku now nak suggest kan salah satu daripadanya which is NOREFAL Vitamin-E Softgel.

NOREFAL Vitamin E Softgel.




Masa zaman aku sekolah muda-muda dulu, cikgu kimia aku pernah kata yang sabun adalah benda yang paling tak elok untuk diletakkan kat atas muka. Dan most of pencuci muka adalah berfungsi sebagai sabun yang menghakis kulit muka nak-nak kalau pencuci muka koran bertujuan untuk memutihkan kulit. Sebab aku pernah di beritahu yang produk memutihkan kulit akan menghakis muka korang supaya dia dapat hasilkan sel kulit yang baru yang lagi cerah. Tapi isunya, korang tahu ke berapa minimun kandungan bahan pencuci muka yang di perlukan supaya pencuci muka tu tak over-kikis your kulit? Pernah tak korang terfikir, instead dari cuci muka korang yang nipis tu, korang letak je terus vitamin kat atas muka kornag yang bermasalah tu? And that is how this softgel works. Which is direct vitamin E ke atas kulit muka.


Direct Vitamin E ke atas kulit muka.
Kalau korang tengok gambar muka mak or nenek korang yang dulu-dulu yang jenis duduk di kampung, korang akan perasan muka dieorang macam bersih gila. Gila ah bersih. Langsung tak macam muka korang punya muka yang menggerutu (Sorry okay). Korang tahu tak kenapa? Sebab orang zaman dulu tak main pun pencuci muka ni. Dioerang guna direct Vitamin E dari lidah buaya (Aloe Vera). Tapi zaman sekarang, semua tak nak guna direct dari lidah buaya sebab bau dia amat teruk. Kalau korang suruh lelaki, jangan harap ah lelaki akan sentuh lendir lidah buaya tu. Please jangan tanya kenapa. But the point is, Neelofa Norefal adalah adalah salah satu produk alternatif untuk korang dapatkan Vitamin E untuk kulit muka korang.

Dan kalau korang nak tahu. Most of the girls yang comey lottey gebu-gebu kat luar sana bukan pakai pencuci muka pun. Dieorang pakai bedak baby, lotion baby and then makan supplements dan vitamin je.   So, if you are asking me, then yes, pencuci muka bukalah keperluan yang penting compared to vitamin E yang korang ambil untuk muka. Sebab most of kerosakan kat muka macam jerawat, bintik-bintik pelik apa-apa jadah sebenarnya puncanya adalah dari kulit yang berminyak or, kulit yang terlampau kering or kulit kotor. So, kalau korang boleh control muka korang supaya tak berminyak then sentiasa basuh muka dengan air bersih supaya kekalkan kelembapan yang sesuai, sure lagi better dari pakai pencuci muka yang pelik-pelik. 



Disclaimer

This is a personal blog and everything written on this blog, based on own and personal thought.

The owner of this blog did not responsible for any comments that made in the comment sections. The owner is only responsible by his name as written by the sections.

This web blog does not store any file on its server. All movies, software, form of files, pictures and any type of graphic forms that are posted on this blog are indexed from other sites and they are just for personal purpose only.

For download-able form of files/software/etc, it's just for demo and must be deleted within 24 hours. You are agreed with this term as clicking the download button.

Any pictures, videos and graphic forms, are not copyrighted as the date taken from the search engines. As if its copyrighted, all credit goes to the owner and I did not own the copyrights. All of the graphic forms are linked with the original source. All of those pictures, videos and graphic forms are not for any commercial use, I gain nothing for those forms of files.

Light 18sx contents.

All related names mentioned are totally fiction and got nothing to do with your and my life.
 
Powered by Blogger